Siakap Keli

Persis Suasana Pantai Di Luar Negara, Tak Sangka Lokasi Sebenarnya Adalah Di Negeri Terengganu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap negeri di Malaysia mempunyai keunikan yang tersediri. Ada tempat yang popular kerana keenakkan makanannya, ada pula yang kaya dengan adat serta budayanya malah ada pula negeri yang terkenal kerana keindahan semulajadinya.

Semua orang suka melihat akan keindahan. Terutamanya keindahan pemandangan sekeliling yang mampu membawa minda manusia jauh ke dalam ketenangan. Ia seolah-olah menghapuskan segala perasaan gundah dan masalah yang dihadapi oleh seseorang. Disebabkan itulah apabila dibelenggu kesulitan, manusia sering mencari tempat-tempat yang sunyi serta penuh dengan pemandangan mempersona.

Gambar : Nasir Ali

Semalam tular sebuah gambar di Facebook yang menimbulkan tanda tanya di kalangan pengguna laman terbabit. Gambar itu dimuatnaik oleh seorang bekas jururgambar, Nasir Ali. ia memaparkan sebuah basikal yang berlatar belakangkan sebuah pantai yang begitu indah. Namun apa yang menjadi persoalan adalah di mana sebenarnya lokasi pantai tersebut.

Gambar : Nasir Ali

Lokasi Pantai Menjadi Rahsia, Bimbang Ia Akan Tercemar

Ia menjadi teka teki di kalangan pengguna media sosial termasuk di laman twitter. Ramai yang meneka bawaha pantai tersebut berada di luar negara. Semua nama tempat di oversea disebut namun tiada satu pun yang tepat.

Lebih menarik apabila Nasir sendiri tidak mahu mendedahkan lokasi pantai kerana beliau bimbang ia akan menjadi tumpuan orang ramai. Hal ini demikian kerana kawasan yang didatangi ramai orang pasti akan dicemari dengan sampah. Itu yang menjadi salah satu punca kenapa pada mulanya Nasir enggan mendedahkan nama tempat berkenaan.

Gambar : Nasir Ali
Gambar : Nasir Ali

Pantai Mempersona Hanya Di Terengganu

Menurut Nasir ketika dihubungi oleh Siakap Keli, beliau menjelaskan bahawa pantai ini berada di Seberang Takir. Seberang Takir adalah sebuah perkampungan nelayan terkenal yang terletak di muara Sungai Terengganu. Sejarahnya nama ‘Seberang’ diberi kerana penduduk perlu menyeberangi sungai jika berada di sebelah Kuala Terengganu (Dahulu disebut Shah Bandar). Manakala nama ‘Takir’ pula wujud kerana dipercayai tempat ini dahulunya menjadi kawasan untuk dijatuhi hukuman dipotong (takir) tangan atau kaki.

Gambar : Nasir Ali

Nasir merupakan anak jati Seberang Takir dan beliau gemar berbasikal di sekeliling kawasan pantai sambil merakamkan keindahan suasana di sana.

Gambar : Nasir Ali
Gambar : Nasir Ali

Antara keistimewaan perkampungan nelayan ini, mereka menyediakan perkhidmatan bot penambang bagi membawa para penumpang ke Bandaraya Kuala Terengganu dari Seberang Takir. Perjalanan men aiki bot hanya mengambil masa 20 sehingga 15 minit dan rata-rata penumpang yang naik adalah terdiri daripada peniaga pasar payang.

Gambar : Nasir Ali
Gambar : Nasir Ali

Di samping itu, Nasir turut menyertakan gambar jalan yang baru dibina di Kampung Seberang takir menuju ke Kuala Terengganu Drawbridge. Jambatan ini dijangka akan beroperasi sebelum Aidilfitri dan ia menghubungkan Seberang Takir dan Bandaraya Kuala Terengganu. Di akhir perbualan, Nasir sekali menyeru orang ramai supaya menjaga kebersihan pantai dan kawasan sekitarnya.

Gambar : Nasir Ali
Gambar : Nasir Ali
Gambar : Nasir Ali

Sumber : Nasir Ali

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.