Siakap Keli
PR Times

Tudung Wagara Tarikan Terbaru Pelancong Muslimah Di Jepun

Yumeyakata, sebuah kedai yang membolehkan anda menyewa Kimono bagi warga asing di Jepun kini menawarkan Wagara (tudung) bagi mereka yang ingin memakai kimono dengan mengenakan hijab.

PR Times

Wanita muslim yang melawat Kyoto, Jepun dengan rancangan untuk menyewa kimono kini boleh menikmati pengalaman dengan menyewa tudung Yarayakata yang sesuai dengan pilihan pakaian tradisional Jepun mereka dengan harga 300 Yen (RM11) daripada harga asalnya 500 Yen (RM18).

PR Times

Tudung ini juga tidak akan kelihatan menonjol atau bertentangan dengan Kimono kerana ianya direka khas untuk dipadankan dengan Kimono tersebut. Tudung ini juga dikatakan didatangkan dengan motif reka bentuk Wagara (corak Jepun) supaya dapat dikombinasikan dengan Kimono tradisional Jepun itu.

PR Times

Sehingga kini, Yumeyakata dikatakan telah mempunyai sebanyak 20 jenis hijab yang bermotifkan corak musim bunga termasuk Sakura dan Snow Ring. Selain itu, mereka juga akan menawarkan lebih kurang 50 jenis hijab yang sesuai digayakan pada musim panas seperti hijab yang diperbuat dari kain renda (lace).

PR Times

Bagi yang ingin menyewa tudung wagara ini anda bolehlah mengunjungi dua buah kedai di lokasi yang berikut:

  1. 128, Manjujicho, Shimogyo-Ku, Kyoto-shi, Kyoto.
  2. 472-1 Kinpukicho, Nakagyo-Ku, Kyoto 604-0846.
PR Times
PR Times

Sumber: Next Shark

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"