Siakap Keli
WJZ/CBS

Tulisannya Sangat Kemas, Kanak-Kanak OKU Kudung Tangan Jadi Juara Pertandingan Tulisan Paling Cantik

Seorang kanak-kanak kelainan upaya (OKU) kudung kedua-dua tangan yang dilahirkan di China tetapi dibesarkan keluarga angkat Amerika Syarikat mencipta sejarah apabila berjaya memenangi pertandingan tulisan paling cantik.

”Ada perkara yang saya tidak mampu lakukan tetapi saya berusaha mencari jalan dan memastikan ia berhasil.

”Saya melakukan yang terbaik dan fokus, inilah hasilnya,” kata Sara Hinesley, 10, kepada media.

Credit: WJZ/CBS

Sara yang baru-baru ini berjaya memenangi Anugerah Nicholas Maxim Award  dalam Pertandingan Menulis Kebangsaan Zaner-Bloser 2019.

Anugerah berkenaan diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif atau intelektual dan masalah tumbesaran ataupun kekurangan keupayaan fizikal.

”Saya merasa sangat teruja dan bangga,” katanya lagi yang berjaya membawa pulang trofi, hadiah wang tunai serta kelengkapan sekolah.

Sara berjaya memenangi anugerah berkenaan selepas juri berpendapat kemahiran menulis dengan tulisan cantik sebegitu adalah sukar buat kanak-kanak berusia 10 tahun, lebih-lebih lagi mempunyai kemahiran terbatas sepertinya.

”Saya fikir ia kadang-kadang susah dan adakalanya ia agak senang kerana saya tidak mampu mengingati semuanya (cara menulis cursive-writing),” katanya.

Kejayaannya turut menerima pujian pengetua sekolahnya yang menganggap Sara adalah seorang bintang yang hebat kerana sentiasa mempunyai jalan dan berusaha keras mengatasi semua halangan yang perlu ditempuhinya.

Sumber: People

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.