Siakap Keli

Najib Kongsi Gambar Pak Lah, Doakan Kesihatan Dan Berterima Kasih Atas Jasanya Kepada Negara

Digelar ‘Bapa Pembangunan Modal Insan’, Tun Abdullah Ahmad Badawai yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5 dahulunya telah memperkenalkan beberapa pelan integriti dalam membentuk budaya yang baik dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Tahun 2003 menyaksikan dirinya dilantik menjadi pemimpin negara selepas perletakkan jawatan Tun Mahathir pada 31 Oktober 2003.

Sehingga kini namanya disebut-sebut kerana sedaya-upaya meningkatkan mutu kehidupan berkonsepkan Islam Hadhari.

Terbaru, Najib Razak menerusi akaun Twitternya berkongsi gambar terbaru Tun Abdullah atau Pak Lah yang diterima melalui kiriman Whatsapp miliknya.

Beliau dalam pada itu mendoakan kesejahteraan Pak Lah dan berterima kasih dalam sumbangan yang telah diberikannya selama berkhidmat.

Nur Farra