Siakap Keli
Gambar Hiasan

Tua Sebelum Umur, Wanita Yang Terdedah Kepada Asap Rokok Lebih Berisiko Dapat Penyakit Berbanding Lelaki – KKM

Maklum mengetahui bahawa amalan merokok membahayakan kesihatan dan membuatkan diri terdedah kepada pelbagai penyakit. Tabiat merokok waktu ini tidak dapat dikhususkan lagi kepada kaum lelaki sahaja, tetapi sudah melibatkan kaum wanita. Seperti lelaki juga, perokok perempuan juga terdedah kepada bahaya dan risiko kesihatan yang boleh menyebabkan kanser.

Tambahan, kecenderungan perokok wanita adalah lebih tinggi  kepada risiko pendarahan otak atau strok berbanding lelaki. Selain itu, perokok wanita juga terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan yang lain.

Wanita akan kelihatan lebih tua jika mengamalkan tabiat merokok. Perkara ini kerana amalan merokok boleh mengurangkan suhu badan yang mengakibatkan  kulit kering dan berkedut menerusi proses penuaan. Kesan ini sudah pastinya memberi kesan kepada para wanita yang secara asasnya sangat mementingkan kesihatan kulit dan awek muda.

Personaliti seseorang perokok wanita juga terjejas dek kerana kesan daripada amalan merokok menyebabkan nafas berbau, bibir gelap dan jangkitan gusi. Selain itu, amalan merokok juga menjadi faktor kanser mulut dan tekak.

Asap rokok bukan sahaja boleh memudaratkan kesihatan perokok itu sendiri, namun melibatkan wanita yang hamil dan memberikan kesan terhadap kehamilan. Antara kesan terhadap kehamilan adalah keguguran, risiko bayi mati dalam kandungan dan melahirkan bayi pra matang. Bayi yang dilahirkan atas risiko asap rokok akan terdedah kepada risiko komplikasi kesihatan dan mempunyai kecacatan kekal seperti bentuk kaki yang berbeza dan tidak mempunyai otak yang sempurna.

Kesan asap rokok bukanlah berpunca kepada perokok itu sahaja, namun tetap memberikan kesan buruk kepada perokok pasif iaitu seseorang yang terdedah kepada asap rokok yang dilepaskan oleh perokok aktif. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan dan menghentikan amalan merokok yang sememangnya jelas memberikan kesan buruk kepada kesihatan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.