Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trump Ugut Kenakan Tarif 25 Peratus Ke Atas iPhone Yang Dibuat Di Luar AS

Azizah Najib
trump tarif iphone
Kredit: AFP

Trump Ugut Kenakan Tarif 25 Peratus Ke Atas iPhone Yang Dibuat Di Luar AS

WASHINGTON, 23 Mei (Bernama) — Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengugut untuk mengenakan tarif import sebanyak 25 peratus ke atas iPhone yang dijual tetapi tidak dibuat di Amerika Syarikat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Saya telah lama memberitahu Apple Tim Cook yang saya menjangkakan iPhone yang akan dijual di Amerika Syarikat mesti dibuat dan dipasang di Amerika Syarikat, bukan di India atau mana-mana tempat lain,” tulisnya di platform Truth Social pada Jumaat.

“Jika tidak, Apple perlu membayar tarif sekurang-kurangnya 25 peratus kepada AS,” katanya.

Trump sejak dahulu lagi menuntut agar Apple menghasilkan iPhone, produk terpentingnya di AS. Namun, pakar berpendapat, perkara itu akan memerlukan pelaburan besar dan menyebabkan harga telefon pintar meningkat secara drastik.

BACA JUGA: Tarif Trump: China Mungkin Bakal Haramkan Filem Hollywood

Di bawah kepimpinan Cook, Apple membangunkan rantaian bekalan di Asia sejak beberapa dekad lalu dengan kilang besar, terutamanya di China.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat itu turut meningkatkan pengeluaran di India dan Vietnam, sebahagiannya sebagai tindak balas kepada gangguan bekalan selepas perintah berkurung COVID-19 di China.

Sumber: Bernama