Siakap Keli
china haramkan filem hollywood
Kredit: AFP

Tarif Trump: China Mungkin Bakal Haramkan Filem Hollywood

Tarif Trump: China Mungkin Bakal Haramkan Filem Hollywood

China – Kerajaan China sedang mempertimbangkan pengharaman kemasukan filem dari Amerika Syarikat (AS) susulan kenaikan tarif terhadap barangan import negara tersebut, lapor The Independent.

Menurut Bloomberg, perkara tersebut dilaporkan oleh penulis blog yang juga merupakan Penyunting Kanan Agensi Berita Xinhua, Liu Hong. Beliau menyenaraikan beberapa pendekatan yang mungkin dirancang pihak berkuasa dengan meletakkan pautan laman pihak berkuasa. Menerusi senarai tersebut, pengurangan atau pengharaman kemasukan filem AS merupakan salah satu rancangan yang bakal dipertimbangkan.

Berikutan kenaikan tarif ini, Kementerian Luar Negeri China berikrar untuk ‘berjuang habis-habisan’ susulan laporan mengenai negara tersebut membuat persiapan menghadapi sekatan import AS.

Sebagai pengetahuan, filem AS meraih sekitar USD585 juta di China bagi tahun 2024. Jumlah ini merupakan 3.5 peratus daripada keseluruhan kutipan pecah panggung China iaitu USD17.71 bilion. Daripada jumlah ini, filem Godzilla x Kong: The New Empire merupakan antara filem yang berjaya mendapat keuntungan, dengan kutipan setinggi USD132 juta.

Berdasarkan laporan Economic Times, pengharaman kemasukan filem ini bakal memberikan kesan besar terhadap sumber pendapatan penerbit filem AS. Tanpa pasaran China, studio-studio di Hollywood dijangka berdepan penurunan pendapatan yang ketara.

Memetik laporan Comic Basics menerusi Economic Times, studio di Hollywood mungkin perlu mempertimbangkan rancangan pengedaran luar negara mereka ke negara-negara membangun yang lain. Mereka juga berkemungkinan perlu mengadakan kerjasama penerbitan bersama syarikat tempatan China.

Selain daripada pengharaman filem, sektor agrikultur AS turut bakal berdepan sekatan yang sama. China dilaporkan sedang mempertimbangkan larangan sepenuhnya terhadap import unggas dari negara tersebut.

Berdasarkan kronologi, peningkatan tarif yang dikenakan oleh AS terhadap China bermula pada 3 April iaitu sebanyak 34 peratus ke atas barangan import. China membalas dengan rancangan untuk kenaikan tarif dengan mengenakan kadar tarif 34 peratus kepada AS, lapor AFP.

Berikutan itu, AS kembali membalas kenaikan tarif dengan kadar 104 peratus. Terbaru, membalas kenaikan tarif tersebut, kerajaan China pada Rabu mengumumkan kenaikan tarif  84 peratus terhadap AS.

Sumber: The Independent, Economic Times, Bernama

BACA: Indonesia Sedia Beri Perlindungan Sementara Kepada 1,000 Rakyat Palestin – Presiden

BACA: Gunung Berapi Kanlaon Meletus, Muntahkan Abu Setinggi 4,000 Meter

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.