Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
Isu Azam Baki - PM Anwar
Kredit: Bernama

Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar

BERNAMA

Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar

SHAH ALAM, 13 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan terhadap dakwaan serta perkara berbangkit dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki akan dijalankan secara telus dan terbuka tanpa melindungi mana-mana individu. 

Beliau berkata jawatankuasa khas yang ditubuhkan perlu diberi ruang untuk meneliti perkara berkenaan secara menyeluruh sebelum sebarang tindakan diambil.

“Sekarang biar dikaji dulu, kes kena tahu dulu, apakah serius, apakah ada asas, baru kita (ambil tindakan). Jangan oleh kerana kita menjadi mangsa ataupun tertekan, terus nak guna peluang ini nak tekan. Tak boleh jadi, biar ia diteliti dahulu,” kata Anwar ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat bersama warga Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan berhubung kewajaran untuk Azam direhatkan daripada jawatan berkenaan.

Pada masa sama, Anwar menasihati warga SPRM supaya kekal berani dan tegas dalam melaksanakan tanggungjawab membanteras gejala korupsi dalam negara.

Perdana Menteri berkata sebarang perkara berbangkit tidak seharusnya mengganggu peranan SPRM secara keseluruhan kerana tindakan tegas terhadap kesalahan integriti lazimnya akan menimbulkan reaksi daripada pihak terlibat.

Beliau berkata tekanan terhadap usaha membanteras rasuah dalam negara masih rendah, sama ada di Parlimen, luar Parlimen atau dalam kalangan ahli politik dan sesetengah badan bukan kerajaan, malah kes berprofil tinggi juga kurang mendapat sokongan.

Sehubungan itu, Anwar berkata SPRM perlu terus menjalankan tugas dengan berani dan tegas tanpa mempedulikan pandangan luar demi menyelamatkan negara daripada gejala rasuah.

Terdahulu, Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil dilaporkan berkata kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat segala dakwaan dan perkara berbangkit dikaitkan dengan Azam.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Anwar.

Bloomberg dalam laporannya sebelum ini mendakwa Azam memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.

Bagaimanapun, Azam pada sidang media baru-baru ini, menegaskan pegangan saham miliknya bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus dan mengikut prosedur.


Sumber:BERNAMA