Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan

Lubang Benam Gergasi Muncul
Kredit: Mothership

Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan

Baru-baru ini tular rakaman video menunjukkan sebuah lubang benam besar muncul di tapak pembinaan di barat daya Shanghai, yang menelan sebahagian jalan dan struktur berhampiran, lapor CNA.

Difahamkan, lubang benam itu berlaku sehari selepas pekerja menemui kebocoran air ketika kerja penggalian bagi laluan metro pada malam Rabu.

Menerusi klip berkenaan, menunjukkan permukaan jalan retak sebelum runtuh, sementara para pekerja berlari menyelamatkan diri.

Susulan insiden berkenaan, pihak berkuasa menutup lalu lintas dan laluan pejalan kaki di persimpangan Jalan Qixin dan Jalan Li’an.

Dalam satu kenyataan yang dikongsi di WeChat, Shanghai Shentie, syarikat milik kerajaan yang menyelia projek tersebut, mengesahkan berlaku kebocoran di tapak pembinaan Stesen Qixin Road pada malam Rabu.

Shentong Metro Group, pengendali sistem metro bandar itu, turut mengesahkan kejadian runtuhan pada Khamis dan memaklumkan kawasan tersebut telah dipagar sepenuhnya.

Laluan Metro Jiamin sepanjang 44 kilometer, yang mula dibina pada pertengahan 2021 dan dijadualkan siap pada 2027.

Setakat ini, tiada sebarang kematian atau kecederaan dilaporkan, menurut pihak berkuasa Shanghai.

Sumber:CNA