Utama

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Hampir 700 Lubang Benam Muncul Di Turkiye Akibat Kemarau Ekstrem
Hampir 700 lubang benam dikenal pasti di kawasan pertanian Turkiye akibat kemarau melampau, perubahan iklim serta pengambilan air bawah tanah secara berlebihan, lapor Accu Weather.
Menerusi laporan baharu Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye mendapati, sebanyak 684 lubang benam muncul di Dataran Konya, sebuah wilayah utama penanaman gandum di negara itu.
Rakaman dron turut menunjukkan lubang-lubang dalam berkenaan seperti ‘lohong’ di kawasan pertanian itu.
Pakar menjelaskan perubahan iklim, kemarau dan pengambilan air bawah tanah secara meluas antara punca utama kejadian lubang benam berskala besar ini.
Menurut kajian geologi tempatan, sistem pengairan air pengairan besar-besaran bagi tanaman bit gula dan jagung telah mempercepatkan penyusutan paras air bawah tanah di Lembangan Konya, yang dilaporkan menurun sehingga puluhan meter dalam beberapa dekad kebelakangan ini.
Universiti Teknikal Konya memaklumkan lebih 20 lubang benam besar baharu muncul sepanjang tahun lalu di daerah Karapınar, dengan sebahagiannya melebihi 100 kaki lebar dan ratusan kaki dalam.
Menurut Universiti Teknikal Konya, lebih 20 lubang benam besar baharu telah muncul sepanjang tahun lalu di daerah Karapınar, Konya. Sebahagian daripadanya berukuran lebih 100 kaki lebar (30 meter) dan ratusan kaki dalam.
Wilayah itu sebelum ini hanya mencatat beberapa kejadian lubang benam setiap sedekad.
Pusat Penyelidikan Lubang Benam universiti berkenaan turut melaporkan kira-kira 1,850 kawasan menunjukkan tanda-tanda mendap menjelang akhir 2021.
Sementara itu, Balai Cerap Bumi NASA melaporkan Turkiye sedang berdepan kemarau teruk, dengan paras takungan air mencapai tahap terendah dalam tempoh 15 tahun pada 2021.
Laporan media tempatan menyebut, kejadian lubang benam di Karapınar kini mengancam tanah pertanian, menyebabkan sebahagian petani kehilangan kawasan tanaman atau terpaksa meninggalkan ladang berisiko tinggi.
Berikutan itu, pihak berkuasa Turkiye telah meningkatkan pemantauan di Lembangan Konya serta melaksanakan program bagi membendung aktiviti penggerudian telaga haram.
Sumber: Accu Weather