Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Sofea
hujan lebat di 7 negeri
Kredit Gambar: Bernama

Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di tujuh negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan amaran tersebut melibatkan seluruh negeri Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu, hujan lebat juga diramal melanda negeri Kedah iaitu di Kulim dan Bandar Baharu.

Bagi negeri Pahang, ia melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron dan Lipis.

Di Selangor pula, hanya daerah Sabak Bernam yang terlibat.

Beralih ke Sarawak, hujan lebat dijangka di Sibu (Selangau), Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang.

Manakala di Sabah, kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu) dijangka terlibat.

Susulan amaran cuaca ini, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak berada di kawasan yang berisiko.