Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

10 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

HUJAN LEBAT
Kredit: Bernama

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan sehingga jam 9 malam ini.

Iklan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa keadaan cuaca itu dijangka melanda seluruh Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu, beberapa kawasan di Kedah juga turut terlibat iaitu di Bandar Baharu, Kulim, Kuala Muda, Baling, Sik dan Padang Terap.

Di Kelantan pula, hanya daerah Gua Musang yang terlibat.

Manakala di Pahang membabitkan daerah Lipis, Cameron Highlands, Raub, Temerloh dan Bentong.

Di Negeri Sembilan, ia melibatkan Kuala Pilah, Tampin, Rembau dan Jempol.

Bagi negeri Johor, hujan diramal melanda daerah Tangkak dan Muar.

Beralih ke Sarawak, hujan turut dijangka melanda Limbang, Miri, Bintulu, Kapit, Sibu, Mukah (Mukah, Dalat dan Matu), Sarikei, Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman.

Manakala di Sabah membabitkan Pedalaman (Sook, Sipitang, Tenom dan Pensiangan), Sandakan (Tongod).

Ramalan hujan lebat

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atay dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

Intipati
  • MetMalaysia meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga 9 malam.
  • Kawasan terlibat termasuk seluruh Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Amaran ribut petir sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan