Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Di 11 Negeri, Dua Wilayah Malam Ini

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat
Kredit: AI/Flow

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di 11 negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi amaran yang dikeluarkan, MetMalaysia memaklumkan bahawa antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Kedah, iaitu melibatkan Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu, Yan, Pendang, Baling dan Sik.

Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Batang Padang, Muallim, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Selama dan Larut Matang, manakala Kelantan pula melibatkan Gua Musang.

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat

Bagi Terengganu, amaran dikeluarkan untuk Kemaman dan Dungun, sementara di Pahang membabitkan Pekan, Kuantan, Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran, Rompin dan Raub.

Sementara itu, di Selangor, kawasan yang dijangka terjejas ialah Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Gombak, Petaling dan Hulu Langat, selain seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Di Negeri Sembilan, amaran melibatkan Seremban, Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Tampin dan Jempol, manakala Melaka turut tersenarai dalam amaran berkenaan.

Bagi Johor, kawasan yang terlibat ialah Segamat, Batu Pahat, Mersing, Tangkak, Muar dan Kota Tinggi.

Di Sarawak, kawasan yang dijangka dilanda cuaca buruk ialah Kuching, Sibu (Selangau dan Kanowit), Serian (Siburan), Kapit (Kapit dan Song), Sri Aman (Lubok Antu, Sri Aman dan Lingga), Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Bintulu (Tatau), Mukah (Matu), Limbang, Miri (Marudi) serta Samarahan (Sebuyau).

Sementara itu, di Sabah, amaran melibatkan Pedalaman, Sandakan (Telupid dan Paitan), Pantai Barat serta Tawau (Kalabakan).

Wilayah Persekutuan Labuan turut dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh sama.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk di 11 negeri dan dua Wilayah Persekutuan.
  • Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga jam 9 malam.
  • Amaran ribut petir sah untuk tempoh jangka pendek, tidak melebihi enam jam.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan