Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di 3 Negeri Hingga 11 November

Amaran Hujan Berterusan
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap waspada melibatkan beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Sabah.

Iklan

Menurut MetMalaysia, hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu bermula Ahad, 8 November sehingga Rabu, 11 November.

Amaran hujan berterusan

Di Kelantan, kawasan yang terlibat ialah Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Machang, Bachok dan Pasir Puteh.

Sementara itu, kawasan di Terengganu pula melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu.

Bagi Sabah, amaran sama dikeluarkan untuk kawasan Kudat dan Sandakan, melibatkan Paitan, Telupid, Labuk & Sugut, Sandakan serta Kinabatangan bermula Isnin, 9 November hingga Rabu, 11 November.

Dalam satu kenyataan berasingan, MetMalaysia memaklumkan bahawa luruan monsun dijangka memasuki rantau negara pada 9 hingga 11 November.

Keadaan tersebut berpotensi membawa hujan lebat berterusan di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah dalam tempoh berkenaan.

Dalam pada itu, penumpuan angin timuran di negeri-negeri barat Semenanjung turut berpotensi mengakibatkan ribut petir berserta hujan lebat pada waktu petang yang boleh berlarutan sehingga lewat malam.

Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa merujuk laman web rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, media sosial rasminya atau aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Sabah.
  • Hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan Kelantan dan Terengganu hingga 11 November.
  • Luruan monsun berpotensi membawa hujan lebat berterusan di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan