Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Tiga Negeri

amaran hujan berterusan
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap waspada melibatkan beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Sabah.

Iklan

Menurut MetMalaysia, hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu sehingga Khamis, 12 November.

Amaran hujan berterusan

Di Kelantan, kawasan yang terlibat ialah Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang dan Tanah Merah.

Sementara di Terengganu pula melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Selain itu, Sabah termasuk kawasan Kudat (Kudat dan Pitas), Sandakan (Paitan).

Justeru, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa merujuk laman web rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, media sosial rasminya atau aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih.



Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Sabah.
  • Hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan Kelantan dan Terengganu sehingga Khamis.
  • Orang ramai dinasihatkan mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti maklumat rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan