Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

lelaki indonesia hairan
Kredit: ekoagus883

Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Merantau di negara orang memberikan pelbagai pengalaman yang bermakna kepada kita. Apatah lagi apabila melihat perkara yang tidak pernah dilihat di negara sendiri.

Kadang kala, perspektif mengenai sesuatu perkara juga akan berubah selepas melalui pengalaman yang unik di negara orang.

"Hairan tapi ini di Malaysia"

Baru-baru ini, seorang lelaki dari Indonesia memuji sikap rakyat Malaysia yang tidak semberono memusnahkan ekosistem alam sekitar.

Menerusi perkongsian @ekoagus883 di TikTok, dia hairan kerana ikan yang terdapat di sungai di Kuala Lumpur tidak ditangkap oleh orang ramai.

Menurutnya, jika di Indonesia, ikan-ikan itu pasti akan habis ditangkap oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Mahu hairan tapi ini Malaysia, inilah bukti negara Malaysia sejahtera. Tengoklah ini, banyak ikan talapia hitam tapi tiada yang ambil. Kalau di kampung (Indonesia), sudah habis ini dijala orang," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakyat Malaysia memberitahu sebab ikan itu tidak ditangkap.

"Kami sebenarnya malas je bang, lebih senang beli kat pasar je"

"Kami beli ikan di pasar, kami tak pandai hendak menjala ikan"

"Ikan itu tak sedap"

" Di Malaysia, menjala di kawasan bandar bukan kebiasaan, budaya dan imej negara perlu dijaga"

"Boleh nak jala tapi orang ni semua sibuk kerja.. tak sempat masa nak menjala bang"