Utama

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Seperti umum ketahui, singkatan dan akronim berfungsi memendekkan kata atau frasa panjang bagi memudahkan penulisan, penyebutan, dan pemahaman dalam komunikasi lisan mahupun tulisan.
Selain itu, ia juga dapat mempercepat penyampaian maklumat, menjadikan istilah kompleks kepada lebih ringkas.
Contohnya singkatan ADUN yang merujuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri.
Tapi, tahukah anda sebenarnya nama singkatan terpanjang di dunia ada di Malaysia?
Ya, SKOMKHPKJCDPWB yang terletak di Teluk Intan Perak.

SKOMKHPKJCDPWB merujuk kepada singkatan kepada nama Syarikat Orang-Orang Melayu Kerajaan Hilir Perak Bekerja Sama-Sama Kerana Jimat Cermat Simpanan Dan Pinjaman Wang Dengan Tanggungan Berhad.
Meskipun sudah mempunyai singkatan, SKOMKHPKJCDPWB juga dipanggil Jalan SKOMK.
Menurut perkongsian orang perak, SKOMKHPKJCDPWB sebuah syarikat koperasi dari Teluk Intan.

Sejarah syarikat ini bermula pada tahun 1923 apabila Pegawai Kerjasama Daerah Hilir Perak ketika itu, En. Tahir bin Setia Raja, mengambil inisiatif menubuhkan Syarikat Pekerja-Pekerja Kerajaan Hilir Perak sebagai usaha memperkukuh kebajikan kewangan kakitangan kerajaan.
Penubuhan syarikat ini mendapat sokongan Pegawai Daerah Hilir Perak ketika itu, Mr. M.K. Bain, yang turut menjawat jawatan Yang Dipertua (ex-officio) syarikat. Jawatan Naib Yang Dipertua pula disandang oleh Penolong Kanan Pegawai Daerah, manakala pentadbiran syarikat dibantu oleh Ahli Jawatankuasa yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
Pada peringkat awal penubuhan pada tahun 1924, syarikat ini hanya mempunyai sekitar 150 orang ahli dengan modal permulaan beberapa ribu ringgit, yang diperoleh sepenuhnya daripada yuran keahlian. Menurut rekod syarikat, jumlah yuran yang dikumpulkan sehingga tahun 1939 mencecah RM55,645.29 sejak ia ditubuhkan.
Pada tahun 1924 juga, jawatankuasa syarikat memutuskan untuk menukar nama koperasi daripada Syarikat Pekerja-Pekerja Kerajaan Hilir Perak kepada Syarikat Orang-Orang Melayu Kerajaan Hilir Perak Bekerja Sama-Sama Kerana Jimat Cermat Simpanan Dan Pinjaman Wang Dengan Tanggungan Berhad, atau singkatannya SKOMKHPKJCDPWB.
Singkatan ini turut mendapat pengikitrafan Guinness World Record sebagai antara singkatan terpanjang di dunia.
Namun, pada masa kini, koperasi yang mempunyai nama terpanjang itu lebih dikenali dengan singkatan ringkas SKOMK dalam kalangan ahli dan masyarakat umum, manakala nama penuhnya semakin jarang digunakan.