Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
Kumbang Permata
Kredit: Malaysia Biodiversity Information System

Rekod Pertama Di Semenanjung, Kenali Kumbang Permata "Amorphosoma Danulkae"

Athirah

Rekod Pertama Di Semenanjung, Kenali Kumbang Permata "Amorphosoma Danulkae"

Di dunia yang luas dan penuh misteri ini, sebenarnya ada banyak spesies haiwan dan serangga yang masih wujud di sekeliling kita, tetapi jarang sekali diketahui orang ramai.

Ada yang hidup jauh di dalam hutan tebal, ada juga yang aktif pada waktu malam, malah tidak kurang yang saiznya terlalu kecil hingga sukar dikesan dengan mata kasar.

Walaupun kelihatan asing dan kadang-kadang pelik, setiap spesies ini memainkan peranan penting dalam ekosistem.

Spesies "jewel beetle" terbaharu ditemui di Malaysia

Dunia entomologi tempatan baru-baru ini mencatat satu lagi pencapaian penting apabila satu spesies kumbang permata (jewel beetle) baharu, amorphosoma danulkae telah direkodkan secara rasmi dari Semenanjung Malaysia.

Menerusi hantaran Malaysia Biodiversity Information System - MyBIS di Facebook, spesies ini dianggap penemuan bermakna kerana merupakan rekod pertama genus Amorphosoma bagi kawasan Semenanjung Malaysia.

Menariknya, spesimen pertama atau holotip sebenarnya telah dikumpulkan lebih dua dekad lalu, iaitu antara 17 Januari hingga 18 Februari 1998 sebelum dikenal pasti dan disahkan sebagai spesies baharu.

Ia mudah dikenali berbanding spesies lain dalam kumpulan yang sama

Menurut MyBIS, kumbang tersebut ditemui di kawasan hutan tebal sekitar Tapah, Perak, khususnya di bahagian barat laut Air Terjun Lata Iskandar pada ketinggian kira-kira 730 meter dari aras laut.

Difahamkan, spesies ini telah dideskripsikan secara rasmi oleh Dr. Ľubomír Vidlička dari Akademi Sains Slovakia.

Nama spesies danulkae pula diberikan sebagai tanda penghormatan kepada Danuľka Gabzdilová, cucu kepada penemu spesies ini, Rudolf Gabzdil.

Dari segi ciri fizikal, Amorphosoma danulkae memiliki badan berwarna ungu metalik berkilat, dengan dua bonggol (tubercle) yang jelas pada sayapnya.

Selain itu, bahagian belakang badannya turut dilitupi bulu putih panjang, menjadikannya mudah dikenali berbanding spesies lain dalam kumpulan yang sama.

"Penemuan ini telah diterbitkan dalam jurnal Entomofauna carpathica (2025) dan merupakan rekod pertama genus Amorphosoma bagi kawasan Semenanjung Malaysia," ujar hantaran itu lagi.