Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cuaca Panas, Lima Kawasan Di Semenanjung Pada Tahap Berjaga-Jaga

Sofea
cuaca panas
Kredit Gambar: Bernama

Cuaca Panas, Lima Kawasan Di Semenanjung Pada Tahap Berjaga-Jaga

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan terdapat lima kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) susulan cuaca panas.

Lima kawasan tersebut melibatkan negeri Kedah iaitu di Pokok Sena, Pendang, Baling, Padang Terap dan Kulim.

Kredit: MetMalaysia

Menurutnya, tahap berjaga-jaga meliputi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian, orang ramai boleh melayari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

Terdahulu, MetMalaysia turut mengeluarkan ramalan cuaca signifikan.

Menurutnya, analisis terhadap model-model ramalan cuaca, MetMalaysia menjangkakan luruan angin timuran memasuki rantau negara dan berpotensi mengakibatkan keadaan cuaca yang lebih lembap terutamanya di timur dan utara Sabah serta utara Sarawak pada 11 hingga 14 Februari.