Utama

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Empat Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga
Sebanyak empat kawasan di Semenanjung Malaysia kini berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) selama tiga hari berturut-turut berikutan cuaca panas yang berterusan.
Menurut hantaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, antara kawasan yang terlibat ialah Pokok Sena, Pendang, Baling dan Kulim di negeri Kedah.
"Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut," maklum MetMalaysia.
Untuk maklumat lanjut dan status terkini cuaca panas harian, orang awam boleh melayari portal rasmi MetMalaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.
Orang ramai disarankan supaya lebih berhati-hati bagi mengelak masalah kesihatan akibat cuaca panas yang berlarutan.
Antara langkah yang boleh diambil termasuk mengurangkan aktiviti fizikal di bawah sinaran matahari, memastikan badan kekal terhidrat, serta berada di tempat teduh atau berhawa dingin.