Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Empat Negeri

amaran hujan berterusan
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang diramal berlaku di beberapa kawasan di empay negeri hingga 26 Oktober (esok).

Amaran Hujan Berterusan

Menurut METMalaysia, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan melibatkan negeri Kedah, Perak dan seluruh negeri Perlis serta Pulau Pinang.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang.

“Manakala di Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

“Selain di Perak termasuk Kerian, Selama, Larut Matang, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.


Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri hingga 26 Oktober.
  • Amaran itu melibatkan seluruh Perlis dan Pulau Pinang serta beberapa daerah Kedah dan Perak.
  • Penduduk dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan