Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi

Iqbal Yasir
Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia'
Kredit: TikTok @muhdamranazizan

Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi

Setiap daripada kita pastinya mempunyai sabun pencuci pakaian yang disukai kerana baunya.

Malah sesetengah orang gemar meletakkan pewangi fabrik untuk membuatkan pakaian kekal wangi selepas dijemur dan kering.

Lazimnya, pewangi ini mempunyai haruman seperti lavendar, rose, limau dan lain-lain yang berasaskan bauan alam.

Tetapi berbeza pula satu hantaran video tular yang dikongsikan pengguna TikTok @muhdamranazizan, sewaktu membeli barangan toiletries di sebuah pasar raya di Riyadh Arab Saudi.

Ketika berada di bahagian rak pelembut fabrik jenama Sarbex dia meneliti setiap jenis haruman (bau) jenama berkenaan.

Ada 'Bau Malaysia'

Menariknya, sewaktu meneliti satu per satu, matanya tertumpu pada satu jenis haruman, "Malaysia".

"Tiba-tiba ada bau Malaysia. Macam mana lah bau Malaysia ni?

"Jadi, siapa-siapa yang rindu Malaysia, boleh lah beli ni.. Bau Malaysia," ucapnya sambil mencium bauan berkenaan.

"Rupanya negara kita ada bau ek.." - Netizen

Perkongsian berkenaan nyata mencuri perhatian ramai warga maya yang menonton klip berkenaan.

Rata-rata netizen tertanya-tanya mengenai haruman 'Malaysia' berkenaan. Malah ada yang berkongsi pandangan orang di sana mengenai bauan berkenaan.

Berikut antara komen pengguna;

"Saudara mara saya orang arab.. Diorang memang suka bau Malaysia. Bila tanya bau apa, diorang cakap bau lepas hujan. Bau tanah Malaysia lepas hujan," komen seorang pengguna.

"Rupanya negara kita ada bau ek," komen seorang lagi pengguna.

"Ya bang saya dah kerja duduk oversea 10 tahun lebih. Malaysia memang ada bau specific unik kepada Malaysia. Keluar dari kapal kat KLIA dan keluar terminal jer dah boleh bau. Bau yang unik dan sedap," komen seorang lagi.