Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
Lelaki Korea Dedah
Kredit: TikTok @secondlife_of_hope

Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia

Iqbal Yasir

Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia

Malaysia sememangnya menjadi destinasi pilihan ramai dari serata dunia.

Negara bertuah ini bukan sahaja terkenal sebagai lokasi pelancongan.

Keindahan alam semula jadi, kepelbagaian budaya serta keunikan makanan tempatan menjadikan negara ini tarikan utama di rantau Asia Tenggara.

Malah, ia semakin mendapat tempat di hati warga asing untuk tinggal lebih lama dan membina kehidupan baharu di sini.

Namun, berbeza pula pandangan seorang lelaki asal Korea Selatan ini yang sanggup meninggalkan kerjayanya di Malaysia dan pulang ke kampung halaman.

"Biar saya beritahu awak kenapa saya tinggalkan Malaysia dan pulang ke Korea.."

Kongsi lelaki berkenaan menerusi akaun TikTok @secondlife_of_hope, di Malaysia dia mampu meraih 5k-7k dolar sebulan dengan membuat dua pekerjaan.

Tidak dinafikan, dia mengakui bekerja di Malaysia mempunyai amalan work-life balance yang bagus.

Namun, pada satu hari, dia secara tidak sengaja menonton satu video yang mengubah persepsi hidupnya.

"Ia adalah video temu bual oleh Simon Squibb dengan seorang wanita. Dia bertanya, ‘What is your dream?’ (Apakah impian anda?)

"Wanita itu sebenarnya mempunyai impian yang jelas. Namun, dia tidak dapat merealisasikannya kerana perlu memikirkan soal kelangsungan hidup.

"Jika dia tidak bekerja makan gaji, dia tidak akan memperoleh pendapatan.

"Akhirnya, wanita itu berhenti kerja dan memulakan perniagaan. Dia pergi ke Bali dan mula melakukan benda yang diinginkannya. Bermula dengan pekerjaan yang dicintainya, dia berjaya membina perniagaan yang berjaya.

"Tetapi jika masalah kewangan dan kelangsungan hidup sudah diselesaikan, apakah perkara yang sangat ingin kita lakukan? Soalan itulah yang sering menghantui kita," katanya.

Tambah lelaki itu, dia juga pernah mempunyai perkara yang sangat ingin dia lakukan. Tetapi, dia tidak melakukannya kerana hidupnya ketika itu terlalu selesa.

"Saya memberi alasan dan sekadar bertahan. Saya berhenti daripada mengajar pilates yang sedang saya lakukan, dan saya juga meletakkan jawatan di syarikat," kongsinya lagi.

Dalam masa kurang seminggu, dia mengambil keputusan untuk mengubah tujuan hidupnya (berhenti kerja) yang hanya bekerja keras tanpa hala tuju yang jelas.

Baginya, semakin getir dan berliku langkah awal, semakin cerah peluang untuk mencipta sinar kejayaan dalam kehidupan.

Di situlah terletaknya makna sebenar sebuah kehidupan.

"Saya nak mencabar anda. Pada tahun 2026 ini, tepuk dada tanya diri sendiri. Adakah saya betul-betul hidup dengan impian saya? Adakah jalan hidup yang dilalui ini sedang menuju ke arah yang tepat?," soalnya.