Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
Pengalaman Hidup Di Malaysia
Kredit: @muscleboiiofficial

"Negara Terbaik Di Dunia…" Lelaki Kongsi Pengalaman Hidup Di Malaysia & Amerika Syarikat

Athirah

"Negara Terbaik Di Dunia…" Lelaki Kongsi Pengalaman Hidup Di Malaysia & Amerika Syarikat

Malaysia sering menjadi destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia.

Keindahan alam semula jadi, kepelbagaian budaya serta keunikan makanan tempatan menjadikan negara ini tarikan utama di rantau Asia Tenggara.

Tidak kira sama ada pelancong datang untuk menikmati pantai yang memukau, mendaki gunung atau meneroka keunikan bandar moden, Malaysia menawarkan pengalaman yang sukar dilupakan.

Budaya yang berwarna-warni, makanan yang pelbagai, serta layanan mesra rakyat tempatan menjadikan Malaysia bukan sahaja menarik untuk dilawati, tetapi juga mencipta pengalaman yang akan terus terpahat dalam ingatan.

"Malaysia kembalikan rasa bebas dalam diri saya"

Seorang lelaki warga Amerika Syarikat berkongsi keterujaannya tinggal di Malaysia dan mengakui tidak bercadang untuk kembali ke negaranya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @muscleboiiofficial di TikTok, lelaki berkenaan dilihat bersiar-siar di kawasan perumahan elit sambil menceritakan situasi di Amerika Syarikat yang membuatkan dia tidak ingin kembali ke negara asal.

"Balik Amerika (Amerika Syarikat)? Buat apa?

“Ya, lelaki Malaysia ini sangat terkejut apabila saya memberitahu dia bahawa saya tidak akan kembali ke Amerika

"Saya selama-lamanya di Asia. Saya berada di Malaysia sekarang," katanya.

Menurutnya, keadaan semasa di Amerika Syarikat membuatkan dia tidak lagi melihat sebarang keperluan untuk kembali ke negara asal

“Kembali ke Amerika untuk apa? Apa gunanya? Terlalu banyak penyakit, terlalu banyak kekacauan. Orang mati setiap hari di sana,” dakwanya lagi.

Lelaki itu juga mendakwa wujud peningkatan sentimen Islamofobia di negara itu, sehingga membuatkan dia berasa tidak lagi diterima sebagai seorang Muslim.

“Saya tidak faham mengapa ramai orang Malaysia mahu pergi ke Amerika. Saya membesar di sana selama 22 tahun, tetapi di sini awak selamat. Saya mencintai negara awak,” ujarnya.

Video berkenaan mendapat 270.5k tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberikan kata-kata semangat dan menyatakan rasa bangga apabila Malaysia dipuji sebagai negara terbaik untuk didiami.

"Kamu sentiasa dialu-alukan di sini," komen seorang warga maya.

"Saya doakan yang terbaik untuk awak," komen seorang lagi warga maya.