Utama

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa beliau mempunyai tanggungjawab untuk memastikan Bersatu terus kukuh dan berada di atas landasan perjuangan yang sebenar.
Presiden dan pengasas Bersatu itu berkata beliau dan ramai lagi ahli yang terlibat dalam perjuangan parti sejak dari awal tidak rela melihat parti itu dirosakkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Selama bertahun-tahun saya mengambil sikap yang berhemah dalam menghadapi pelbagai bentuk sabotaj dalaman serta tekanan demi tekanan dari dalam parti sendiri.
"Saya juga telah memberikan tempat dalam barisan kepimpinan parti kepada orang-orang yang saya tahu menentang saya.
"Saya bersangka baik demi satu tujuan iaitu untuk memastikan parti Bersatu terus bersatu padu, kukuh dan dapat menjayakan tujuan dan matlamat perjuangan parti yang murni.
"Malangnya, usaha saya ini tidak dihargai oleh mereka. Malah, tindakan-tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan parti dan disiplin parti dilakukan secara berterusan," ujarnya dalam satu kenyataan media.
Berikutan itu, beliau dan barisan kepimpinan Bersatu mengambil tindakan disiplin terhadap beberapa orang ahli parti.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut berkata Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu hari ini bersepakat untuk terus mendokong perjuangan Bersatu.
Ia termasuk membina semula parti, memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli-ahli dan memperkuatkan parti untuk menghadapi PRU 16.
"Saya dengan ini menyeru ahli-ahli Bersatu supaya kekal tenang sementara barisan kepimpinan Bersatu yang bersama-sama saya pada hari ini mengemudi parti kembali ke landasan perjuangannya yang asal untuk membela nasib rakyat.
"Saya yakin dengan semangat kebersamaan ahli-ahli Bersatu dan kesetiaan kepada perjuangan parti, kita akan dapat mengharungi apa jua cabaran dugaan yang melanda parti," katanya dalam satu kenyataan.
Menerusi kenyataan itu, beliau juga memaklumkan bahawa Datuk Radzi Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah dilantik untuk menjalankan tugas Timbalan Presiden Bersatu.