Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PRN Melaka: 17.96 Peratus Pengundi Tunai Tanggungjawab Sehingga 10 Pagi

PRN Melaka
Kredit: Bernama

MELAKA, 14 Nov (Bernama) -- Sebanyak 17.96 peratus atau 120,162 pengundi daripada 669,211 pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 setakat 10 pagi ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang merekodkan jumlah keluar mengundi tertinggi ialah Taboh Naning dengan 19.97 peratus daripada 24,282 pengundi, diikuti Serkam (19.94 peratus daripada 11,174 pengundi) dan Tanjung Bidara (19.92 peratus daripada 21,104 pengundi).

Tiga DUN mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah ialah Sungai Udang (16.39 peratus daripada 20,209 pengundi), Bandar Hilir (16 peratus daripada 22,818 pengundi) dan Kesidang (15.27 peratus daripada 53,972 pengundi).

Sebanyak 240 pusat mengundi biasa dengan 1,213 saluran dibuka serentak 8 tadi hingga 6 petang bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan negeri baharu untuk penggal akan datang.

Secara keseluruhannya, terdapat 675,166 pengundi biasa bagi PRN kali ini, dengan 5,955 daripada mereka mengundi secara pos.

Dapatkan berita terkini PRN Melaka ke-16 menerusi https://election.bernama.com/prn/melaka/2026/

Intipati
  • Seramai 120,162 pengundi biasa mengundi setakat 10 pagi, bersamaan 17.96 peratus.
  • Taboh Naning mencatat peratusan tertinggi, diikuti Serkam dan Tanjung Bidara menurut SPR.
  • Sebanyak 240 pusat mengundi biasa dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan