Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
pertumbuhan ekonomi malaysia
Gambar: Bernama

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal

BERNAMA

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal

Kuala Lumpur, 13 Feb (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.2 peratus pada 2025, mengatasi unjuran 4.0 hingga 4.8 peratus, dipacu permintaan domestik yang kukuh serta prestasi eksport yang menggalakkan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata ekonomi Malaysia turut berkembang 6.3 peratus pada suku keempat 2025, terutamanya didorong oleh permintaan domestik.

"Pertumbuhan perbelanjaan isi rumah adalah lebih tinggi, disokong oleh keadaan pasaran buruh yang positif serta langkah sokongan dasar berkaitan pendapatan.

"Sementara itu, pertumbuhan pelaburan yang kukuh pula disokong oleh peningkatan perbelanjaan bagi mesin dan peralatan, khususnya untuk pusat data, serta pelaksanaan berterusan projek berbilang tahun oleh sektor swasta dan awam," katanya.

Sebelum ini dilaporkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus bagi keseluruhan tahun 2024 dan 5.0 peratus pada suku keempat 2024.

Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul Rasheed berkata bagi sektor luaran, eksport terus mengukuh terutamanya dipacu oleh peningkatan eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E).

"Pelancongan masuk serta perkhidmatan berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) turut menyumbang kepada pertumbuhan eksport perkhidmatan serta lebihan imbangan akaun semasa.

"Pada masa yang sama, import kekal kukuh, didorong oleh pemulihan barangan pertengahan untuk menyokong aktiviti ekonomi serta barangan modal produktif, mencerminkan realisasi projek pelaburan yang sedang dilaksanakan," katanya.

Dari segi penawaran, beliau berkata pertumbuhan terutamanya disumbangkan oleh perkembangan sektor perkhidmatan dan pembuatan.

Pertumbuhan lebih tinggi dalam sektor perkhidmatan didorong terutamanya oleh subsektor berkaitan pengguna, perkhidmatan kerajaan serta subsektor ICT susulan pengoperasian pusat data, katanya.

Dalam sektor pembuatan, prestasi dipacu oleh peningkatan pengeluaran dalam subsektor E&E berikutan permintaan global yang lebih tinggi, selari dengan peningkatan output barangan berkaitan pengguna.

Sementara itu, sektor pertanian mengukuh, mencerminkan pertumbuhan lebih tinggi bagi minyak sawit susulan banjir yang kurang teruk berbanding tahun lepas.

Bagi asas suku ke suku, selepas disesuaikan mengikut musim, pertumbuhan meningkat sebanyak 0.8 peratus.

Abdul Rasheed berkata momentum pertumbuhan dijangka berterusan pada 2026, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh serta eksport.

"Dari segi domestik, perbelanjaan isi rumah akan mendapat manfaat daripada sokongan berterusan melalui pertumbuhan pekerjaan dan gaji, serta langkah-langkah dasar kerajaan.

"Aktiviti pelaburan akan dipacu oleh kemajuan berterusan projek berbilang tahun di kedua-dua sektor swasta dan awam, dengan realisasi berterusan pelaburan yang diluluskan serta pelaksanaan insiatif pemangkin di bawah pelan induk nasional dan Rancangan Malaysia ke-13 (13MP)," katanya.

Abdul Rasheed berkata dari segi luaran, pertumbuhan eksport akan disokong oleh permintaan global yang stabil, terutamanya bagi barangan E&E.

"Pertumbuhan juga akan disokong oleh peningkatan aktiviti pelancongan susulan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026," kata beliau.

Sumber:BERNAMA