Utama

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Membasuh pakaian bukanlah satu kerja yang berat kerana ia boleh dimasukkan ke dalam mesin basuh. Namun, proses membasuh menjadi renyah apabila kotoran pada pakaian atau cadar susah untuk dihilangkan.
Kadang kala ia perlu direndam terlebih dahulu dan disental dengan kuat untuk menghilangkan kotoran tersebut.
Malah, ada juga yang menggunakan peluntur pakaian. Walaupun ia sememangnya berkesan, namun kadang kala peluntur juga boleh merosakkan pakaian.
Bercakap mengenainya, baru-baru ini seorang pengguna Threads @jannahfuzian telah berkongsi petua membasuh kain menggunakan sabun pencuci pinggan.

Hanya campur sedikit sahaja pencuci tersebut bersama sabun membasuh baju.
Nampaknya, fungsi sabun pencuci pinggan itu semakin bertambah. Sebelum ini, ramai yang menggunakannya untuk mencuci kereta dan lantai.
"Aku kan basuh kain pakai Sunlight sikit. Sampai mencirit dia nak keluar, padahal dah habis. Kebaikan dia baju tak bau kepam, mesin basuh pun tak kepam, tak percaya cubalah," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rupanya, ramai juga yang menggunakan sabun pencuci pinggan untuk mencuci baju.
"Saya pun cuci tudung pakai sabun basuh pinggan, lagi-lagi tudung yang kena foundation"
"Saya cuci tandas pun guna sabun basuh pinggan, memang bersih, cuba la korang"
"Pernah dengar, nak lantai atau bilik air bersih berkilat pakai sabun pinggan campur air panas"
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.