Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Wanita Kongsi Tip Rebus Sagu, "Confirm" Cantik & Tak Hancur
Sagu ialah salah satu bahan makanan yang sering digunakan dalam pembuatan kuih-muih tradisional seperti puding sagu, abok-abok dan macam-macam lagi.
Rasanya yang kenyal sudah tentu akan menambahkan tekstur yang menarik kepada kuih tersebut.
Bagi sagu biji kecil, cara penyediannya jauh lebih mudah. Dari proses mencuci, sehinggalah dimasak, ia tidaklah begitu rumit.
Namun, sagu berbiji besar ataupun sagu kasar ini, agak sukar untuk disediakan. Hal ini kerana jumlah kanjinya lebih banyak dan ia perlu dimasak dengan teliti untuk mendapatkan hasil yang cantik.
Justeru itu, ikuti perkongsian dari Masa Cotek menerusi kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) mengenai tip merebus sagu untuk dapatkan hasil yang cantik.
Ikuti perkongsiannya di bawah.
1 mangkuk sagu kasar
6 mangkuk air
Bahagian 1
Mula-mula, didihkan air dan masukkan sagu. Masak dengan api yang perlahan.
Kemudian, biarkan selama 25 hingga 30 minit dan kacau sekali-sekala. Selepas itu tutup api dan periuk dan biarkan sagu menjadi suam.
Seterusnya, basuh sagu tadi dan toskan.

Bahagian 2
Panaskan air ke dalam periuk sehingga mendidih dan anda boleh masukkan sagu yang telah ditos tadi. Kemudian, biarkan selama 15 minit.
Selepas itu, tutup api dan periuk. Biarkan sehingga sagu sejuk atau sehingga ia menjadi jernih dan tiada mata ikan.
Kemudian, basuh dan toskan. Sagu anda siap untuk dinikmati atau diolah mengikut kreativiti anda.
