Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Meriah Nak Sambut Deepavali, Lelaki Kongsi Tong Gas Pun Kena Cuci

deepavali bakal tiba
Kredit: Threads @darlz_chandran
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Deepavali bakal tiba, pelbagai kisah masyarakat India kita dengar yang mula sibuk mengemas rumah secara besar-besaran bagi memastikan kediaman berada dalam keadaan bersih dan selesa untuk menyambut tetamu.

Daripada menyapu dan mengemop lantai, mencuci tingkap hinggalah mengemas setiap sudut rumah, semuanya dilakukan bagi menyambut kedatangan hari istimewa itu.

Malah, ada yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk memastikan setiap ruang kediaman kelihatan bersih dan teratur.

Pendek kata, apabila tiba musim perayaan, kerja mengemas rumah boleh menjadi satu tugasan yang tidak berkesudahan.

Namun, lain pula ceritanya apabila tular sebuah video memaparkan seorang lelaki yang dilihat begitu tekun membersihkan tong gas sehingga mencuri perhatian pengguna media sosial.

Deepavali Bakal Tiba, Tong Gas Pun Kena Sental

Kredit: Threads @darlz_chandran

Menerusi hantaran seorang pengguna Threads, @darlz_chandran, seorang kanak-kanak yang dipercayai adik kepada pengguna Threads berkenaan dilihat sedang menyental bahagian luar tong gas berwarna merah menggunakan air dan sabun.

Menerusi kapsyen yang disertakan, individu itu menggambarkan suasana menjelang perayaan itu dengan menyatakan bahawa mood menyambut Deepavali hanya 10 peratus, manakala mood membersihkan rumah pula mencecah 90 peratus.

Hantaran tersebut nyata mencuit hati kerana ia menggambarkan situasi yang mungkin biasa berlaku dalam kalangan keluarga yang sedang membuat persiapan menyambut perayaan.

Malah, bukan sahaja bahagian rumah yang perlu diberikan perhatian, malah barang-barang kegunaan harian turut tidak terkecuali daripada rutin pembersihan.

Jika kebiasaannya kita melihat orang membersihkan lantai, kipas, tingkap dan perabot, kali ini tong gas pula menjadi antara benda yang diberikan perhatian.

Jangan Tunjuk Ibu Saya Post Ni

Apa yang mencuit hati, tong gas yang lazimnya diletakkan di bahagian dapur juga menjadi antara benda yang perlu dibersihkan.

Video tersebut turut mengundang pelbagai reaksi lucu daripada pengguna Threads yang rata-ratanya terhibur melihat usaha membersihkan tong gas berkenaan.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah seorang pengguna yang berseloroh meminta supaya video itu tidak ditunjukkan kepada ibunya kerana tidak sanggup jika turut diminta melakukan perkara sama.

“Please don't show my mom this. Tak larat kitorang,” tulisnya.

Komen tersebut turut mendapat perhatian pengguna lain yang membalas secara berseloroh bahawa individu berkenaan perlu segera menghabiskan masa sebelum ibunya sempat melihat video terbabit.

Tidak kurang juga seorang pengguna yang bergurau bertanyakan sama ada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan datang membuat pemeriksaan selepas melihat tong gas dicuci sebegitu rupa.

“Is KKM coming to audit or what?”, kata pengguna Threads itu.

Komen tersebut kemudian dibalas oleh seorang lagi pengguna yang berseloroh mengatakan maksud lain untuk KKM dalam konteks ini.

“KKM - Kaum Keluarga Mertua,” balasnya.

Walaupun kelihatan seperti kerja kecil, situasi itu secara tidak langsung menunjukkan betapa telitinya sesetengah individu dalam memastikan setiap sudut kediaman berada dalam keadaan bersih sebelum menyambut Deepavali.

Bagi sesetengah orang, persiapan perayaan bukan sekadar menghias rumah atau menyediakan juadah istimewa, tetapi turut melibatkan kerja mengemas yang kadangkala lebih memenatkan daripada sambutan itu sendiri.

Sumber:Threads
Intipati
  • Video tular menunjukkan kanak-kanak dipercayai menyental tong gas merah menggunakan air dan sabun.
  • Hantaran Threads itu mengaitkan persiapan Deepavali dengan mood membersihkan rumah yang lebih dominan.
  • Pengguna media sosial terhibur dan meninggalkan komen lucu tentang rutin pembersihan tersebut.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan