Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bukan Biasa-Biasa, Ini 6 “Perfume” Lokal Yang Anda Kena Cuba 

Sofea
6 perfume lokal
Kredit: Image FX
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Bukan Biasa-Biasa, Ini 6 “Perfume” Lokal Yang Anda Kena Cuba

Kecantikan diri bukan sahaja terletak pada wajah yang mulus dan putih berseri, tetapi juga bagaimana kita menjaga penampilan diri. Ia juga menjadi salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan apabila bertemu dengan orang ramai.

Dalam pada itu, penggunaan wangian turut menjadi pelengkap kepada penampilan seseorang.

Jika sebelum ini SK kongsikan senarai minyak wangi arab, artikel kali ini pula akan mendedahkan enam minyak wangi tempatan yang wajib anda cuba.

Boleh dikatakan minyak wangi lokal kini semakin menunjukkan ‘taring’. Malah, ada jenama yang menghasilkan sendiri haruman eksklusif mereka, bukan sekadar dupe semata-mata.

BACA JUGA: 10 “Perfume” Arab Paling Wangi & Tahan Lama Yang Wajib Cuba

Senarai minyak wangi tempatan ini telah dikongsikan oleh Jawa Wangi di TikTok. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Menurutnya, ia merupakan senarai minyak wangi lokal yang paling disukai olehnya.

1. Emajie

Dengan harga yang berpatutan, minyak wangi ini dikatakan mempunyai bau yang sangat kuat dan tahan dalam tempoh yang lama.

“Emajie ini dia punya performance padu gila tapi harga dia memadai sebab paling murah aku pernah dapat RM56.

“Bau dia agak kuat dan kalau dia buat dupe kepada minyak wangi yang bau manis macam Althair dengan Stronger With You Intensely. Korang boleh pakai ketika di luar,” katanya.

2. Anonymous Fragrance

Istimewanya jenama minyak wangi ini adalah mereka boleh mencipta wangian hybrid iaitu gabungan antara dua minyak wangi menjadi satu.

“Contohnya macam Celestial Seduction, ini gabungan antara Creed Aventus dengan Roja Elysium, bau dia lain dari Creed Aventus yang korang hidu tu,” katanya.

Wangian dari jenama ini juga boleh bertahan selama tujuh hingga sembilan jam

“Yang ni aku FOMO sebab dia tambah stok satu barisan minyak wangi dia sebulan sekali je,” katanya lagi.

3. Rirana Parfume

Menurut Jawa Wangi, walaupun kebanyakan wangian jenama ini tidak kena dengan scent profile dirinya, ada satu bauan yang memikat hatinya iaitu Coconut Nanas.

Dilengkapi dengan bau kelapa yang berlemak dan dilapisi dengan nanas, ia mewujudkan bau yang sangat wangi.

“Orang kata dia macam bau biskut kelapa. Tapi kalau dah kering ia bau floral yang semerbak wangi,” katanya.

4. Meg Fragrance

Selain turut mempunyai beberapa pilihan daripada kategori designer perfume seperti Kayali, jenama ini menjadi pilihan kerana mereka menawarkan minyak wangi dupe niche.

Dalam pada itu, mereka juga menghasilkan gabungan hybrid dupe, yang menambah variasi dalam koleksi mereka.

Jenama ini turut mempunyai rangkaian minyak wangi handcrafted yang dikenali sebagai El Amante.

5. Medin Fragrance

Bagi Medin Fragrance, bau wangian yang ditawarkan smooth dari awal hingga akhir. Harganya pula boleh dikatakan memadai dan sepadan dengan kualiti yang diterima.

“Pembungkusan dia pun cantik juga,” katanya.

6. Marina Rituals

Walaupun harga jenama ini boleh dikatakan agak ‘keras’, namun ia berbaloi kerana haruman yang dihasilkan adalah handcrafted.

Baunya juga smooth dari awal hingga akhir dan prestasinya sangat baik.

Antara bauan yang menjadi perhatian ramai ialah Cempedak Drizzle, Kohi Vanilla dan Fuji.

Sumber: jawangii