Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
10 perfume arab
Kredit: Image FX

10 “Perfume” Arab Paling Wangi & Tahan Lama Yang Wajib Cuba

Sofea

10 “Perfume” Arab Paling Wangi & Tahan Lama Yang Wajib Cuba

Selain menjaga kecantikan wajah, keterampilan diri juga perlu sentiasa dititikberatkan terutama apabila berada di tempat awam. Penampilan yang kemas dan bersih juga dapat meningkatkan keyakinan ketika berjumpa dengan orang sekeliliing.

Di samping aksesori, penggunaan wangian turut melengkapkan penampilan diri seseorang.

Pelbagai jenama dan jenis minyak wangi yang dijual di pasaran, namun setiap orang mempunyai pilihan wangian yang tersendiri. Ada yang suka bau bunga, buah-buahan, segar, manis dan kayu-kayuan.

Kebanyakan orang mempunyai lebih dari satu minyak wangi yang digunakan untuk acara atau aktiviti harian yang berbeza.

Salah satu jenis minyak wangi yang semakin mendapat perhatian ramai adalah minyak wangi arab.

Mungkin ada yang menyangka bahawa bauan minyak wangi arab hanya berasaskan kayu gaharu (oud) sahaja, namun sebenarnya banyak campuran bahan lain yang menjadikan ia sangat wangi dan menjadi kegilaan ramai.

Jika ada di antara anda yang masih tidak tahu jenama minyak wangi arab mana yang harus dibeli, ikuti perkongsian pengguna TikTok,@bonjovzflores, mengenai 10 minyak wangi arab tahan lama yang pernah dicuba olehnya.

1. Gissah Hudson Valley

Minyak wangi ini mempunyai aroma floral yang sangat kuat dengan nota bunga mawar, serta sedikit sentuhan buah-buahan iaitu blackcurrant.

“Saya dah banyak kali sebut pasal Gissah. Anda bukan peminat minyak wangi arab kalau tidak kenal Gissah.

“Nota akhir selepas minyak wangi kering sepenuhnya memang sangat mengagumkan. Jadi jika anda gemar minyak wangi yang segar, floral dan sedikit spicy, Gissah Hudson Valley pilihan yang tepat,” katanya.

2. Lattafa Khamrah

Tidak mengejutkan untuk melihat minyak wangi ini dalam senarai kerana ia sangat klasik.

Minyak wangi ini boleh tahan hingga seminggu pada pakaian.

“Tetapi, jika anda bercadang untuk mendapatkan Lattafa Khamrah, saya sangat syorkan anda untuk dapatkan versi Qahwa.

“Ia mempunyai nota kopi yang membantu mengimbangi dan mengurangkan rasa manis kerana bagi saya versi asal agak terlalu manis,” katanya.

Minyak wangi ini mempunyai nota kayu manis, halia, kopi, praline dan karamel.

3. Khadlaj Musk Pure Musk Blend

Turut menggabungkan nota bunga mawar dan buah oren, wangian ini perlu menjadi salah satu pilihan anda kerana ia sangat tahan lama.

4. French Avenue Liquid Brun

Minyak wangi ini sesuai bagi penggemar bauan yang seksi dan spicy kerana ia dilengkapi dengan nota kayu manis, buah pelaga, bunga oren dan vanila bourbon.

Dengan sentuhan ambroxan, wangian ini baunya seperti orange creamsicle.

BACA: Bau Wangi Dan Tahan Lama, Ini Senarai 10 Jenama ‘Perfume’ Eksklusif Untuk Lelaki

5. Kaaf by Ahmad Al Maghribi

Ada nota lavender dan tembikai, baunya sangat sengar dan unik.

“Ini sebenarnya antara wangian yang paling kerap saya pakai, terutamanya dalam cuaca panas di Dubai,” katanya.

6. Khadlaj Fursan White

Jika anda suka vanila tetapi bukan jenis vanila yang terlalu manis, minyak wangi ini sesuai untuk anda. Ia bercampur dengan bau kelapa.

“Bayangkan ais krim vanila yang ditabur kelapa panggang. Lebih kurang macam tu lah bau dia,” kata lelaki itu.

7. Mashaer Gold by Oud Elite

Minyak wangi ini mempunyai bauan lemon, nenas dan pic. Namun, apabila kering, baunya seperti vanila dan patchouli.

8. Marj by Ahmad Al Maghribi

Mempunyai bau gabungan buah-buahan dan kayu gaharu, wangian ini sangat unik dan kompleks. Hal ini kerana, baunya akan berubah-ubah mengikut tempoh yang disembur atas kulit.

“Mula-mula sembur bau lain, lepas dua atau tiga jam bau lain pula. Baunya memang unik tetapi saya tidak galakkan anda untuk sembur terlalu banyak kerana boleh buat orang sekeliling rasa lemas,” katanya.

9. Swiss Arabian Shaghaf Oud Tonka

Minyak wangi ini mempunyai bau vanila oriental yang sangat lembut dan cantik, dengan tambahan nota badam.

Secara keseluruhan, baunya rasa hangat dan selesa, seperti pelukan yang menenangkan.

10. Mysterious by Dumont Paris

Wangian ini mempunyai aroma yang menyerupai gabungan Baccarat Rouge dan Erba Pura. Ia menampilkan nota buah-buahan yang segar, diikuti dengan kehangatan amber yang lembut.

Gabungan ini menghasilkan aroma yang seimbang, elegan dan sangat menyenangkan.

Jadi mana satu pilihan anda?

Sumber: bonjoyvzflores