Mungkin ramai yang pernah alami situasi sebegini, masuk FamilyMart kononnya nak beli satu barang je, sekali keluar dengan segala kopi, makanan, siap pencuci mulut sekali. FamilyMart ni ada yang singgah nak beli sebelum masuk kerja, ada nak beli makanan waktu lunch, ada yang nak beli aiskrim, malah ada yang nak beli pencuci muka dan pelbagai barangan penjagaan diri.
Tapi itulah, nak kata apa kan, FamilyMart sendiri yang ada segala-galanya dari makanan, produk penjagaan diri, barangan rumah, keperluan harian, alat tulis dan juga produk import dari Jepun. Tanpa sedar, FamilyMart ni sudah boleh dianggap sebahagian daripada rutin harian sesetengah orang dalam tempoh satu dekad.
Sepanjang 10 tahun ini, FamilyMart bukan sekadar menjadi tempat untuk mendapatkan makanan atau barangan keperluan harian, tetapi turut mencipta momen kecil yang menceriakan rutin pelanggan. Sama ada singgah sebentar sebelum ke tempat kerja, mencari makanan ketika waktu rehat atau menikmati pencuci mulut selepas hari yang panjang, setiap kunjungan membawa pengalaman tersendiri.
Bagaimana FamilyMart Bermula Di Malaysia?
FamilyMart sudah mula bertapak di Malaysia pada November 2016, yang mana ketika itu memperkenalkan konsep kedai serbaneka dari Jepun yang dikenali sebagai konbini. Disebabkan membawa pendekatan berbeza dalam industri kedai serbaneka tempatan, FamilyMart bukan sekadar menawarkan barangan keperluan harian, malah turut ada pelbagai pilihan makanan sedia ada.
Kalau tanya orang Malaysia, sudah pasti tidak asing dengan oden, onigiri, bento, pencuci mulut dan soft serve yang kerap kali kehabisan stok, disebabkan ramai yang membelinya. Siapa yang berjaya beli sebelum habis stok, memang dia antara golongan yang hebat.

Apa Yang Buat FamilyMart Berbeza Dari Yang Lain?
Konsep awal yang dibawanya pun sudah cukup memberi pengalaman baru kepada pelanggan. Mana tidaknya, masuk je kedai yang lengkap dengan penyaman udara, terus hidung menangkap aroma kuah oden. FamilyMart juga mengembangkan pilihan makanan dan minuman untuk memenuhi keperluan serta citarasa pelanggan yang berbeza.
Antaranya melalui konsep Good Choices, Good Quality & Good Moments, di mana pengalaman singgah di dalam kedai akan lebih menyeronokkan dan juga sesuai dengan rutin harian.
Good Quality – Kualiti Yang Diberi Keutamaan
Sudah menjadi lumrah, kalau nak menikmati apa-apa makanan, mesti nak kualiti yang baik, seperti tahap kebersihan dan konsistensi produk. Apa yang menariknya sekarang, FamilyMart sendiri sudah mempunyai pensijilan halal yang lebih menyakinkan pelanggan.
Kalau dah ada sijil halal, mestilah setiap Standard Operating Procedure ditetapi dan setiap kebersihan dijaga dengan teliti.
Lepas ni kalau tiba-tiba terasa nak makan oden, hati dan fikiran pun tak perlu was-was lagi sebab diyakini halal.
Tak dinafikan, kualiti yang baik memang akan membawa pelbagai kebaikan. Sebagai contoh, bagi penggemar kopi, mereka pasti nak minuman yang berkualiti dan menepati citrasa mereka.
Begitu jugalah kualiti yang ingin ditunjukkan oleh FamilyMart melalui hidangan kopi. Everyday Craft Coffee menawarkan dua pilihan blend baharu iaitu Charcoal-roasted Sumiyaki dan Kinu.
Ada orang yang hari ini nak minum kopi yang strong, ada juga masa hanya sekadar nak light-light layan kopi yang seimbang. Ini sebenarnya yang FamilyMart bawakan iaitu blend Sumiyaki untuk rasa lebih bold dan Kinu yang lebih lembut, seimbang dan sangat sesuai untuk latte.

Good Choices – Lebih Banyak Pilihan Untuk Setiap Hari
Good Moments ini pula memang sesuai sangat buat peminat barangan dari Jepun. Kini FamilyMart dah siap nak bawa ‘Jepun datang kat korang. Sempena ulang tahun ke 10 FamilyMart, FAMIMA by NIGO membuat kemunculan pertama di Malaysia menerusi koleksi eksklusif dari Jepun.

Good Moments – Sajian Kecil Yang Ceriakan Hari
Siapa sangka, masuk FamilyMart pun boleh ceriakan hati yang mungkin tengah serabut atau panas. Bayangkan dalam terik matahari, masuk premis FamilyMart dan dapat rasai kesejukan aiskrim melalui Sweet Treats Playground. Buat pertama kalinya, FamilyMart tawarkan Brown Sugar Soft dengan brown sugar crystal boba sebagai topping untuk sundae cup.
Buat peminat Vanilla Blue Sea Salt Sofuto, jangan bimbang kerana ia telah kembali bersama popping candy.

Bagi yang setiap kali masuk nak makan oden, ini memang untuk korang. Oden FAMee pula menawarkan pilihan perisa seperti Creamy Mala, Classic Fishball, Sukiyaki dan Laksa Kahwin. Sekarang pula musim hujan, memang cuaca tepat nak hasilkan ‘moment’ paling bermakna dengan oden.

Menariknya, semua pembaharuan dan pengalaman yang dibawa sempena ulang tahun ke-10 ini bukan sekadar untuk diperkenalkan kepada pelanggan melalui kempen semata-mata. FamilyMart turut menjadikan ulang tahun ini sebagai peluang untuk orang ramai melihat dengan lebih dekat bagaimana tiga janji jenamanya diterjemahkan dalam pengalaman sebenar di kedai.
Menerusi pameran ulang tahun ke-10 di Sunway Pyramid, pengunjung diberi peluang melihat, mencuba dan merasai sendiri pelbagai pengalaman yang dibawakan FamilyMart, termasuk pilihan produk serta penawaran terbarunya, yang kini juga didapati di kedai.
10 Tahun FamilyMart Bertapak Di Malaysia
Macam tak sedar, dah 10 tahun FamilyMart beroperasi di Malaysia. Sedekad menambat hati rakyat Malaysia, FamilyMart berjaya membina identiti sendiri dengan cara menggabungkan konsep kedai serbaneka Jepun dan citarasa tempat.
Kini, dengan pilihan makanan & minuman serta pelbagai barangan memberikan pengalaman yang lebih bermakna setiap kali melangkah masuk ke premis berkenaan. Bagi pelanggan, mereka juga tak dapat menafikan yang FamilyMart menjadi persinggahan mereka boleh dikatakan setiap hari.
Melangkah ke dekad seterusnya, FamilyMart mahu terus membawa lebih banyak pilihan, mengekalkan kualiti serta mencipta pengalaman yang menggembirakan pelanggan dalam kehidupan seharian. Tiga janji jenama yang diperkenalkan ini menjadi sebahagian daripada usaha FamilyMart untuk terus berkembang mengikut keperluan pelanggan, tanpa mengetepikan pengalaman yang membuatkan mereka selesa untuk terus singgah.
