Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
putih telur berwarna pelangi
Kredit: Threads Canvas

Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya

Sofea

Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya

Telur merupakan salah satu bahan makanan asas yang ada di setiap isi rumah. Selain mudah untuk dimasak, ia juga mempunyai khasiat dan sumber protein yang baik untuk tubuh.

Bagaimanapun, kadang kala telur juga memberi kesan yang buruk jika dimakan dalam keadaan yang sudah tidak elok atau tamat tempoh.

Lebih merisaukan jika telur itu telah dijangkiti bakteria Pseudomonas.

Untuk pengetahuan, bakteria ini sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dalam tubuh.

Ikuti perkongsian Public Health Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Cantik macam pelangi tapi ini telur paling bahaya

Pernah tak anda pecahkan telur, tiba-tiba nampak putih telur tu berkilau-kilau warna hijau, pink, atau ada efek 'pelangi' (iridescent)?

Jangan terpesona. Itu bukan telur kayangan. Itu tanda telur tu dah dihuni oleh bakteria Pseudomonas.

Kenapa dia berwarna-warni?

Bakteria Pseudomonas (terutamanya P. aeruginosa) menghasilkan pigmen khas (Pyoverdine & Pyocyanin) yang bersifat 'fluorescent'. Bila kena cahaya, dia akan nampak bersinar-sinar atau bertukar warna.

Adakah bahaya?

SANGAT BAHAYA

Bakteria ini bukan kuman calang-calang.

1. Ia boleh menyebabkan keracunan makanan yang teruk (muntah & cirit-birit).

2. Dalam kes yang serius, jika bakteria ini masuk ke dalam darah, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman yang susah dirawat sebab bakteria ni pandai lawan antibiotik (Antibiotic Resistant).

Apa nak buat kalau jumpa telur macam ni?

  • Jangan hidu (bau dia biasanya masam/busuk buah).

  • Jangan cuba basuh.

  • Jangan buang part yang warna tu je.

BUANG SATU TELUR TU TERUS.

Dan pastikan anda cuci kuali atau mangkuk yang kena telur tu dengan sabun dan air panas untuk matikan kuman.

Jangan sayang 50 sen, melayang nyawa nanti.

Justeru, jangan pandang remeh mengenai kerosakan telur. Jika ada yang tidak kena, elak makan telur tersebut.