Utama

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga buah negeri sehingga jam 2 pagi ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang dan Sarawak.
"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Yan, Pendang dan Kuala Muda.
"Manakala di Pulau Pinang hanya di Seberang Perai Utara.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching (Kuching), Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut