Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di empat negeri sehingga pukul 9 pagi ini.
Hujan Lebat Di Beberapa Negeri
Menurut amaran yang dikeluarkan, negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Cuaca berkenaan dijangka melibatkan Pasir Mas, Machang, Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu dan Tumpat di Kelantan.
Sementara di seluruh negeri Terengganu dijangka hujan.
Di Pahang, amaran itu meliputi Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor, kawasan yang terlibat ialah Mersing.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
