Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tujuh negeri sehingga jam 1 pagi, 12 November.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran membabitkan seluruh negeri Pulau Pinang dan Perak.
Selain itu, amaran tersebut juga melibatkan kedah iaitu di daerah Kuala Muda, Kulim, Baling dan Bandar Baharu.
Di Pahang, hujan lebat diramal melanda kawasan Cameron Highlands dan Lipis.
Amaran turut melibatkan daerah Sabak Bernam dan Hulu Selangor di negeri Selangor.
Beralih ke Sarawak, hujan lebat dijangka di daerah Miri (Beluru, Marudi, Miri dan Subis), Mukah (Mukah, Dalat, Matu dan Daro), Bintulu, Sibu, Kapit, Sarikei (Maradong, Julau dan Pakan.
Manakala di Sabah pula membabitkan Pedalaman (Membakut, Keningau, Sook, Tenom, Pensiangan, Beaufort dan Kuala Penyu).
7 negeri diramal hujan

MetMalaysia berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
