Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di beberapa negeri sehingga 1 pagi dan 2 pagi esok.
Menurut MetMalaysia, amaran melibatkan Pahang (Kuantan), Selangor (Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Petaling dan Sepang) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sehingga jam 1 pagi.
Sementara itu, sehingga jam 2 pagi beberapa daerah di Sarawak juga dijangka terlibat iaitu di Sri Aman, Kapit (Song dan Bukit Mabong), Sibu (Kanowit), Sarikei (Julau), Bintulu (Tatau), Limbang, Miri (Marudi dan Miri), Mukah (Matu, Daro, Dalat dan Tanjung Manis), Betong (Betong, Kabong dan Pusa).
Begitu juga di Wilayah Persekutuan Labuan.
Hujan lebat, ribut petir

MetMalaysia berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
