Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melibatkan beberapa negeri dan Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa amaran melibatkan seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Menurutnya, amaran turut membabitkan negeri Perak iaitu di daerah Muallim, Bagan Datuk, Batang Padang dan Hilir Perak.
Di Terengganu pula, hujan lebat diramal di Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kemaman dan Dungun.
Begitu juga di daerah Jerantut, Kuantan, Maran, Temerloh, Bentong, Bera dan Raub di Pahang.
Bagi Negeri Sembilan pula, hujan diramal di Port Dickson, Jelebu, Seremban dan Jempol.
Beralih ke Sarawak, hujan lebat dijangka berlaku di Miri (Marudi, Bario dan Telang Usan), Limbang, Betong, Sri Aman (Pantu, Lingga dan Sri Aman), Samarahan (Sebuyau dan Simunjan).
Manakala di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Membakut, Tambunan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran dan Ranau), Sandakan (Paitan, Labuk & Sugut, Telupid dan Kinabatangan), Kudat (Pitas), Tawau (Lahad Datu dan Kunak).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.
