Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
TERAJU

TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi

Syamimi

TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) hari ini menganjurkan Program TERAJU Aspirasi Outreach 2026 bertemakan "Merealisasikan Penciptaan Nilai Syarikat Bumiputera" bagi memperluaskan akses syarikat Bumiputera kepada inisiatif pembiayaan dan pemudahcaraan yang digerakkan selaras hala tuju PuTERA35.

Dalam majlis tersebut, TERAJU melancarkan empat program baharu iaitu ASCEND, ENHANCE, XCELERATE serta Dana Pengambilalihan Strategik Bumiputera (BSAF) bagi memperkukuhkan keupayaan syarikat, meningkatkan kesiapsiagaan pelaburan serta mempercepatkan penskalaan perniagaan Bumiputera.

Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Menteri Ekonomi, di M Resort & Hotel, Petaling Jaya, dengan kehadiran lebih 500 pemain industri, syarikat penerima, institusi kewangan serta rakan strategik ekosistem.

Matlamat Utama: Dari Kuantiti Ke Kualiti

Dalam ucapannya, YB Tuan Haji Akmal menegaskan keutamaan kerajaan untuk mengangkat penglibatan Bumiputera daripada penyertaan berasaskan kuantiti kepada penglibatan berasaskan kualiti, berteraskan produktiviti, pendapatan serta penguasaan sektor bernilai tinggi.

Beliau turut memaklumkan sumbangan syarikat Bumiputera kepada KDNK masih sekitar 8.1%, sekali gus menuntut usaha lebih berfokus untuk memperkukuh penyertaan Dalma rantaian nilai strategik serta industri berintensif teknologi, selaras hala tuju PuTERA35 dan agenda Ekonomi MADANI.

Laluan Berfasa: Ascend, Enhance Dan Xcelerate

Melalui pendekatan pembangunan berfasa, TERAJU menggabungkan program pemudahcaraan strategik ASCEND, ENHANCE dan XCELERATE, yang memberi tumpuan kepada:

  • Pengukuhan keupayaan syarikat (operasi, kewangan, produktiviti, pematuhan);

  • Pengukuhan kepimpinan dan tadbir urus (daya tahan, disiplin prestasi, piawaian untuk menarik pelaburan);

  • Kesiapsiagaan pelaburan dan pasaran modal (struktur, pelaporan, strategi
    pertumbuhan); dan

  • Keupayaan untuk menskalakan perniagaan ke peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.

Secara keseluruhan, platform ini menyediakan laluan pembangunan yang jelas dan berstruktur, daripada pengukuhan asas, pemantapan komersial, sehingga kesiapsiagaan.

Pengukuhan Ekosistem: Kerjasama Rentas Sektor

Program TERAJU Aspirasi Outreach 2026 turut menampilkan sesi jaringan strategik bersama rakan ekosistem merangkumi pembiayaan, infrastruktur, kawal selia, bakat dan kemahiran, teknologi serta pemasaran, bagi mengukuhkan kerjasama rentas sektor dan mempercepat akses pasaran serta pertumbuhan syarikat.

Majlis turut diserikan dengan pengiktirafan kepada usahawan Bumiputera yang berjaya menamatkan kohort program ELEVATE hasil kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Majlis ini juga menyaksikan pemeteraian kerjasama strategik bersama institusi kewangan pembangunan dan rakan korporat bagi memperluas bimbingan, memperkukuh akses pasaran, serta mengukuhkan sokongan kewangan, selaras dengan agenda nasional untuk membina ekosistem Bumiputera yang lebih progresif, berdaya saing dan inklusif.

Dengan kerjasama erat sektor awam dan swasta, TERAJU yakin Platform Penciptaan Nilai ini akan menjadi pemangkin kepada ekonomi Bumiputera yang lebih progresif, berdaya saing dan inklusif, serta mempercepat penciptaan nilai dan penskalaan syarikat Bumiputera dalam ekosistem nasional dan global.