Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan

BERNAMA
sprm dakwaan seleweng
Kredit: Bernama

SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan

GENTING HIGHLANDS, 13 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti dakwaan penyelewengan pelaburan berjumlah kira-kira RM1.11 bilion yang dikaitkan dengan bekas menteri kanan sebelum membuka kertas siasatan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata pihaknya baru sahaja menerima aduan daripada tiga badan bukan kerajaan berhubung perkara berkenaan, dan memerlukan masa untuk membuat semakan.

"Namun, setakat ini saya berharap diberi sedikit masa terlebih dahulu bagi meneliti dokumen-dokumen yang diserahkan kepada kami sebelum tindakan seterusnya dibuat," katanya selepas Majlis Penutup Bengkel Kewartawanan SPRM di sini hari ini.

Semalam, SPRM mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri kanan di sebuah kementerian.

Berdasarkan laporan tersebut, pengadu mengesyaki terdapat keraguan mengenai proses rundingan dan kelulusan serta isu yang dikatakan boleh menimbulkan persepsi konflik kepentingan.