Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu

Iqbal Yasir
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat
Kredit: Wan Ahmad Fayhsal

Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad yang sebelum ini digantung keahliannya dalam parti, kini dipecat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), lapor Astro AWANI.

Bekas Ketua Armada Bersatu itu dipecat kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu

Wan Ahmad Fayhsal dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya turut memaklumkan perkara berkenaan.

"Alhamdulillah saya juga telah ‘selamat’ DIPECAT oleh Parti BERSATU.

"Insha-Allah saya akan terus istiqamah bersama YB Ketua Pembangkang DS Hamzah Zainudin dalam berperanan sebagai Ahli Dewan Rakyat," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat daripada Bersatu berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan berkata Majlis Pimpinan Tertinggi dimaklumkan bahawa Lembaga Disiplin telah memutuskan bahawa Hamzah dipecat hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu.

Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana tindakan Ahli Parlimen Larut tersebut melanggar Fasal 9.1.4 perlembagaan parti berkenaan