Utama

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Bersatu Pecat Wan Saiful, Gantung Keahlian Wan Ahmad Fayhsal
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilapor telah memecat keahlian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Wan Saiful Wan Jan, lapor Astro Awani.
Difahamkan, keputusan itu dilakukan susulan pelanggaran perlembagaan dan kod etika parti.
Dalam perkembangan berasingan, seorang lagi ahli, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, digantung hak keahliannya bagi tempoh satu penggal di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu.
Menurut kenyataan rasmi Lembaga Disiplin Bersatu, keputusan itu dilakukan selepas menerima aduan bertulis daripada ahli parti terhadap beberapa individu yang didakwa melanggar peruntukan perlembagaan dan tatakelakuan ahli.
Astro Awani melaporkan tindakan disiplin diambil berdasarkan siasatan menyeluruh serta selaras dengan Fasal 9.1.4 dan Kod Etika & Tatakelakuan Ahli selepas sesi pendengaran telah diadakan pada 8 Oktober lalu.
Selain Wan Saiful, empat lagi ahli turut dipecat iaitu Mohd Azrudin Md Idris, Mohd Faizal Asmar, Mohd Fahdli Ismail dan Mohd Isa Mohd Saidi.
Di samping itu, Lembaga Disiplin menegaskan bahawa semua keputusan dibuat secara bebas, telus dan adil tanpa campur tangan pihak luar.
Bagaimanapun, ahli yang dikenakan tindakan berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 14 hari.
“Lembaga Disiplin menyeru semua ahli agar terus mematuhi perlembagaan dan kod etika demi menjaga integriti serta nama baik parti,” menurut kenyataan itu seperti yang dilaporkan dalam Astro Awani.
Sumber: Astro Awani