Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Manchester United Dijangka Pecat Michael Carrick

Manchester United Dijangka Pecat Michael Carrick
Kredit: AFP

Manchester United dilaporkan sedang mempertimbangkan pemecatan ketua jurulatih, Michael Carrick susulan prestasi hambar pasukan itu sepanjang musim ini.

Iklan

Sebelum ini, pihak pengurusan kelab memilih untuk mengekalkan Carrick selepas Manchester United tewas 0-3 kepada Bournemouth di laman sendiri pada 25 Oktober lalu.

Keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada jurulatih berusia 45 tahun tersebut sehingga rehat antarabangsa bulan ini sebelum kedudukannya dinilai semula.

Menurut beberapa sumber kepada BBC Sport, lembaga pengarah masih berpegang pada perancangan tersebut dan belum membuat keputusan muktamad mengenai masa depan Carrick.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif, Omar Berrada dan Pengarah Bola Sepak, Jason Wilcox dijangka mengesyorkan pemecatan Carrick kepada pemilik bersama, Sir Jim Ratcliffe serta keluarga Glazer.

Manchester United Dijangka Pecat Michael Carrick

Keputusan seri 4-4 menentang Aston Villa pada Ahad lalu menyaksikan Manchester United mencatat permulaan terburuk kempen liga domestik dalam tempoh 40 tahun.

BBC Sport sebelum ini melaporkan bahawa Manchester United pernah menghubungi bekas pengurus Newcastle, Eddie Howe dan bekas jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann bagi membincangkan kemungkinan menggantikan Carrick.

Bekas jurulatih Chelsea, Antonio Conte turut dilaporkan berminat dengan jawatan tersebut, manakala bekas pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino dikatakan terbuka untuk kembali ke Old Trafford.

Pochettino yang kini mengendalikan pasukan kebangsaan Amerika Syarikat (AS) menandatangani lanjutan kontrak pada Ogos lalu.

Bagaimanapun, perjanjian itu dipercayai mempunyai klausa tertentu yang membolehkannya meninggalkan pasukan sekiranya menerima tawaran bagi jawatan berprofil tinggi.

AS dijadualkan menentang Haiti dalam aksi timbal balik play-off Liga Negara-Negara Concacaf pada 14 dan 18 November ini.

Manchester United hanya mencatat satu kemenangan dalam 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus merekodkan permulaan terburuk sejak musim 1986/87.

Kelab itu kini menghuni tangga ke-18 liga dengan kelebihan satu mata berbanding Crystal Palace yang berada di kedudukan tercorot.

Malah, Manchester United sudah dibolosi 19 gol dalam saingan EPL musim ini, menjadikan rekod pertahanan mereka ketiga terburuk selepas Crystal Palace dan Ipswich.

Perlawanan menentang Aston Villa pada Ahad lalu merupakan aksi ketiga Carrick sejak pengurusan kelab memutuskan untuk memberinya lebih banyak masa membimbing pasukan.

Sepanjang tiga perlawanan tersebut, Manchester United mencatat satu kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan.

Prestasi itu memperlihatkan keadaan pasukan yang tidak menentu apabila mereka masih bergelut mempertahankan gawang, meskipun beberapa kali berjaya bangkit daripada ketinggalan dua gol.

Sebelum ini, lembaga pengarah turut mempertimbangkan pemecatan Carrick selepas kekalahan kepada Bournemouth, namun memilih untuk memberinya dan pemain peluang mengubah nasib kelab.

Rehat antarabangsa selama dua minggu pada November juga dianggap waktu paling sesuai untuk pihak pengurusan menilai prestasi pasukan sejak awal musim.

Namun, rekod perlawanan yang dicatatkan setakat ini jelas tidak memberikan gambaran positif terhadap kepimpinan Carrick.

Sumber:BBC Sport
Intipati
  • Manchester United dilaporkan mempertimbangkan pemecatan Michael Carrick selepas prestasi hambar musim ini.
  • Lembaga pengarah masih belum membuat keputusan muktamad mengenai masa depan Carrick.
  • United hanya menang sekali dalam 10 perlawanan EPL dan kini berada di tangga ke-18.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan