Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

China Bakal Laksana Larangan Pemegang Pintu Kereta Tersembunyi
China akan mula menguatkuasakan larangan penggunaan pemegang pintu tersembunyi pada kenderaan yang dijual di negara itu bermula tahun hadapan, lapor AFP.
Tindakan itu sekali gus menamatkan secara berperingkat reka bentuk minimalis yang dipopularkan Tesla susulan kebimbangan terhadap aspek keselamatan.
Peraturan baharu yang diumumkan Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2027, dengan mewajibkan pemegang pintu dilengkapi mekanisme pelepas secara mekanikal di bahagian dalam dan luar kenderaan.

Model kenderaan yang telah mendapat kelulusan sebelum ini diberikan tempoh tambahan selama dua tahun untuk mematuhi peraturan berkenaan. Menurut kementerian itu, langkah berkenaan dijangka ‘meningkatkan tahap reka bentuk keselamatan automotif’.
AFP melaporkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan semakin meningkat di China berikutan penggunaan pintu kenderaan yang licin dan aerodinamik.
Walaupun ia mampu mengurangkan rintangan angin, namun berisiko gagal berfungsi sekiranya berlaku kemalangan.
Satu insiden berprofil tinggi dilaporkan berlaku pada Oktober lalu apabila pasukan penyelamat gagal membuka pintu sebuah kenderaan elektrik Xiaomi yang terbakar di Chengdu, barat daya China.
Pemandu kenderaan berkenaan yang dilaporkan berada di bawah pengaruh alkohol telah meninggal dunia dalam nahas itu.
Peraturan baharu menetapkan semua pintu kenderaan, kecuali pintu belakang mesti dilengkapi pemegang pintu luaran mekanikal bagi tujuan pelepasan kecemasan.
Di samping itu, peraturan turut memperincikan keperluan untuk meningkatkan kebolehlihatan pemegang pintu dalaman, termasuk kewajipan penggunaan tanda grafik kekal.

China kini merupakan pasaran kenderaan elektrik (EV) terbesar dunia, dengan puluhan jenama tempatan giat mengembangkan operasi ke luar negara.
Statistik yang diterbitkan bulan lalu menunjukkan syarikat China, BYD berjaya mencatat jualan EV lebih tinggi berbanding Tesla tahun lalu, sekali gus memintas perintis industri dari Amerika Syarikat itu buat kali pertama dari segi jualan tahunan.
Pemegang pintu elektronik atau jenis ‘rata’ mula diperkenalkan dalam industri EV menerusi pelancaran Tesla Model S pada 2012.
Reka bentuk pemegang pintu yang boleh dilipat masuk ke dalam badan kenderaan itu memberikan sedikit peningkatan kecekapan dengan mengurangkan rintangan angin ketika kenderaan bergerak.