Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Mimpi Jumpa Emas Berakhir Hampa, Individu Rugi Pecah Lantai Rumah
Seorang individu di Indonesia nekad membongkar lantai rumahnya selepas dia berulang kali mimpi menemui jongkong emas di kawasan tersebut, lapor portal Lambe Turah.
Menerusi rakaman video dimuat naik oleh fakta.indo di Instagram, beberapa pekerja dilihat cuba memecahkan lantai simen di halaman rumah individu itu.
Bagaimanapun, pembongkaran itu tidak membuahkan hasil, sebaliknya merosakkan paip pembentung.
“Paip pembentung saya rosak. Berharap mendapatkan emas tetapi saya bertambah rugi,” demikian menurut keterangan video itu.
Rakaman yang dimuat naik itu menimbulkan pelbagai reaksi.
"Hasilnya macam mana? Jumpa emas tak?" komen seorang warga maya.
"Mungkin yang dalam tangki septik itu tahi berwarna kuning, jadi halusinasi nampak macam emas," komen seorang lagi warga maya.