"Boleh Tak Editkan..." Permintaan Rahman Sunting Arwah Keluarga Dalam Gambar Kahwin Buat Ramai Luluh
Kehilangan ahli keluarga adalah momen perit yang sukar untuk dilalui.
Kesedihan dan kekosongan yang ditinggalkan sering meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan seharian.
Situasi ini menjadi lebih tragik apabila semua ahli keluarga terlibat dan ‘pergi’ secara tiba-tiba tanpa diduga.
Dalam keadaan sebegini, bukan sahaja emosi terkesan, malah rutin harian dan kestabilan mental individu turut menghadapi cabaran yang besar
Tiada lagi jasad menemani, yang tinggal hanyalah kenangan dan kerinduan yang tidak akan pernah pudar.
Selain itu, foto-foto bersama juga menjadi memori yang paling membekas di hati.
Mungkin disebabkan itu, seorang lelaki baru-baru ini meminta orang ramai di aplikasi Threads untuk menyunting gambar bersama ahli keluarganya yang sudah tiada.
Ia sebagai salah satu cara untuk mengenang dan mengekalkan memori bersama mereka.
Lelaki minta sunting gambar bersama ahli keluarga yang sudah tiada
"Ada sesiapa boleh tolong edit gambar wedding saya supaya arwah ahli keluarga saya semua ada di dalamnya?" kata @rahmanlah___.
Dalam pada itu, warga maya ternyata tidak melepaskan peluang terhidang untuk memperagakan bakat suntingan masing-masing.




Sementara itu, netizen turut memuji hasil suntingan gambar-gambar itu dan mendoakan agar perkahwinan @rahmanlah___ dipenuhi dengan kasih sayang, diberkati dengan rezeki, kebahagiaan yang berpanjangan sepanjang hidup bersama.

Terdahulu, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu nahas yang meragut enam beranak di Jalan Segamat-Kuantan.
Insiden menyayat hati itu menyaksikan Norahimah Noor Muhammad, Amir Ruddin Ismail, dan empat anak iaitu Fatimatulzahrah, Seri Khadijah Aqilah, Rufaidatul Asyariyah dan Muhammad Assyakrawi meninggal dunia.
Mereka meninggalkan seorang anak sulung, Abdur Rahman Amir Ruddin dan seorang lagi yang turut terlibat dalam kemalangan itu Abdullah Amir Ruddin.
Jenazah enam beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Segamat-Kuantan dekat Taman Yayasan, Segamat telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ubudiah, Parit Jawa di sini.
Sekelip mata segalanya berubah, pastinya ini merupakan ujian yang sangat getir untuk Abdur Rahman.