Perkembangan teknologi sunting gambar hari ini membolehkan pelbagai perubahan dilakukan hanya dengan beberapa klik.
Daripada memperbaiki pencahayaan sehinggalah mengubah penampilan seseorang, semuanya kini boleh dilakukan dengan mudah menerusi pelbagai aplikasi yang tersedia.
Disebabkan itu, ramai pengguna media sosial gemar berkongsi gambar yang telah disunting sama ada untuk tujuan hiburan, kreativiti mahupun sekadar memenuhi kehendak peribadi.
Tidak kurang juga yang mendapatkan bantuan individu lain yang mempunyai kemahiran menyunting gambar bagi menghasilkan hasil yang lebih menarik.
Namun begitu, tidak semua hasil suntingan berakhir seperti yang diharapkan.
Ada kalanya kreativiti tukang edit menghasilkan sesuatu yang di luar jangkaan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi lucu dan menghiburkan dalam kalangan warga maya.
Minta sunting gambar remove abang belakang, tapi lain pula jadinya

Dengan kecanggihan aplikasi terkini dalam penyuntingan gambar dan video, pemilik kepada akaun Threads indyingdaysssss telah memuat naik sekeping gambar di platform berkenaan.
Dalam hantaran tersebut, dia meminta bantuan orang ramai untuk menyunting
“Boleh tak remove abang yang dekat belakang tu? niat saya nak tangkap gambar kucing ni je”
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, warga maya ternyata tidak melepaskan peluang terhidang untuk memperagakan bakat suntingan masing-masing.
Minta tolong editkan gambar, sekali macam-macam pula yang keluar
Apa yang mencuit hati, penyunting gambar tersebut ternyata cukup kreatif dalam menyuntik elemen humor ke dalam setiap hasil suntingan yang dihasilkan.
Hasilnya bukan sahaja unik, malah berjaya mencuri perhatian ramai di media sosial.
Melihat kepada hasil suntingan yang dikongsikan, memang tidak kering gusi dibuatnya.
Setiap satu paparan membawa idea tersendiri yang tidak disangka-sangka, sekali gus membuatkan netizen terhibur dengan kreativiti luar kotak yang ditunjukkan.
Kami kongsikan beberapa hasil suntingan menarik untuk tatapan anda di bawah.








