Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Setiap Kali Lalu Jalan Ni Rasa Macam Masuk Sepang" - Jawapan Luar Kotak 'Sifu-Sifu' Bikin Geli Hati

Sepang
Kredit: Threads

Bila sebut Formula 1 (F1), mesti ramai teringat deruman enjin yang pernah menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Suasana meriah di litar, sorakan peminat dan debaran menyaksikan pelumba beraksi masih segar dalam ingatan.

Walaupun F1 sudah lama meninggalkan Sepang awal bulan lalu, kenangannya masih melekat di hati rakyat Malaysia.

Sampai hari ini, sebut sahaja F1 di SIC, pasti ada yang rindu nak merasai semula kemeriahan zaman itu.

Baru-baru ini, dalam satu hantaran pengguna Threads faez_rahim memuat naik gambar laluan jalan raya.

“Setiap kali lalu jalan ni rasa macam masuk Sepang”

Namun, apa yang mencuit hati adalah komen-komen warga maya yang rata-ratanya pengguna jalan raya berkenaan.

Grandstand view

“Fuhh dulu hari2 lalu sebab nak anta surat area ss16. Bawak kriss je. Gaya corner mcm 1000cc” komen seorang pengguna.

“Kete aku penah berpusing kat sini bawak masa hujan,” seloroh seorang pengguna

“Haa memang saya panggil ni litar F1. Hahaha,” komen seorang lagi

“Favourite corner masa kerja dekat empire ni auto jadi marquez ,” seloroh seorang pengguna.

Sumber:Threads
Intipati
  • Pengguna Threads faez_rahim memuat naik gambar jalan yang disamakan dengan laluan masuk Sepang.
  • Warga maya membalas hantaran itu dengan komen lucu berdasarkan pengalaman melalui jalan berkenaan.
  • Beberapa pengguna menyamakan selekoh tersebut dengan litar F1 dan pengalaman menunggang laju.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan