Bila dikenang balik zaman kanak-kanak, rasa macam nak kembali semula ke masa itu.
Pantang dapat berkumpul dengan kawan-kawan atau sepupu-sepapat, mesti ada saja permainan yang nak dimainkan.
Kadang-kadang, dah kena panggil masuk rumah pun masih sempat minta, “jom main lagi”
Daripada tuju kasut dan ketingting hinggalah batu seremban, panjang senarai permainan yang pernah jadi pengisi masa kita dulu.
Salah satu yang mungkin masih ramai ingat ialah Enjit-Enjit Semut bukan? Bila ada yang mula menyanyi, tangan pun terus bertindih dan masing-masing mula mencubit tangan di atasnya.
Menginjak dewasa ini, pernah tak terfikir bila sebenarnya kita patut berhenti menyanyi?
Kalau siapa yang sakit kena naik atas, bila pula permainan itu dikira tamat?
Macam Mana Akhir Permainan Enjit-Enjit Semut?

Itulah persoalan yang dibangkitkan seorang pengguna Threads, @izzhhsna_, apabila mengenang kembali permainan zaman kecilnya. Dalam hantaran itu, dia turut berseloroh dengan bertanya sampai bila ‘semut’ itu nak naik ke atas.
Jawapan Netizen Pula Bikin Geli Hati
Soalan yang mungkin tak pernah kita fikirkan sewaktu kecil itu disambut dengan pelbagai ‘penjelasan’ bersahaja daripada warga Threads.
Masing-masing ada cara tersendiri untuk menjawab bagaimana permainan itu berakhir, sampai seronok pula membaca ruangan komen.
Antara komen pengguna;






“Terima kasih semua yang hiburkan saya, so jawapan dia takde pengakhiran la kan?” tulis pemilik hantaran.
